Bayaran pendahuluan adalah merupakan satu kemudahan pembiyaan yang disediakan kepada kontraktor yang memerlukan sebaik sahaja menerima Surat Setujuterima Tender. Ia adalah terpakai kepada perolehan kontrak kerajaan. Mengikut kebiasaan nilai bayaran pendahuluan adalah 25% daripada builder work atau maksimum RM10 Juta mengikut mana yang lebih rendah. Ia perlu dipohon di dalam tempoh 3 bulan dari milik tapak. Kontraktor yang ingin memohon bayaran pendahuluan perlu mengemukakan Jaminan Bayaran Pendahuluan dari syarikat insuran atau institusi kewangan.
Mengikut kebiasaan, kutipan semula atau rekupan bayaran pendahuluan akan mula dikutip apabila nilai kemajuan kerja mencapai 25% dan berakhir pada 75%.
Walaubagaimanapun, berdasarkan situasi pandemik covid yang masih melanda negara. Pihak kerajaan melalui pekeliling PK 2.2 yang dikeluarkan oleh MOF telah melonggarkan syarat tersebut dimana, start rekupan adalah pada 50% kemajuan kerja dan berakhir pada 85% daripada kemajuan kerja.
Oleh demikian, kepada agensi pelaksana, proses ini perlu dipantau secara kerap bagi mengelakkan tempoh rekupan melebihi tempoh asal kontrak sekiranya terdapat kelewatan pada projek tersebut dan perlu dipastikan, tempoh liputan bon bayaran pendahuluan tersebut akan dilanjutkan segera
Seperkara lagi, kepada kontrak berlangsung sebelum pengeluaran pekeliling ini, satu perjanjian tambahan perlu dibuat bagi menguatkuasa terma 50% kemajuan kerja bermula rekupan dan 85% kemajuan kerja berakhir rekupan.
Walaubagaimanapun, pemakaian pekeliling adalah sehingga 30 Jun 2022