Assalamualaikum
Selesai sudah program Bengkel Estimating Drawing Camp yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu 12 September 2020 dan 13 September 2020. Program ini dianjurkan oleh Kelab Pembangunan dengan jayanya.
Program ini melibatkan pelajar Sijil Teknologi Bangunan dari Kolej Komuniti Bentong. Disertai oleh 8 orang pelajar bersama pensyarah pengiring seramai 2 orang.
Pengisian program adalah berkisarkan kepada pengenalan kepada estimating dan pengukuran kerja bangunan.
Semoga program selama 2 hari ini telah memberi sedikit input dan pengetahuan kepada para pelajar yang telah hadir
Azilan PQS
13 September 2020
Satu program yang baik untuk mengembangkan pengetahuan tentang Estimating kepada para pelajar. Tahniah kepada penganjur.
BalasPadam