Pasca Pandemik Covid-19,
Dillema kepada syarikat kontraktor
Gambar hiasan |
Industri
pembinaan merupakan salah satu sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi Negara. Ini terbukti dengan terdirinya perlbagai projek di Malaysia.
Banyak manfaat diperolehi melalui lonjakan ekonomi tersebut dengan telah membuka
peluang pekerjaan kepada ahli ikhtisas dan juga separa ikhtisas. Bilangan
syarikat kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB) juga bertambah dengan sekitar 90 ribu syarikat.
Walaubagaimanapun
tahun 2020 yang dilihat dapat membawa kemakmuran kepada Negara dilihat telah
bertukar sifat dengan tersebarnya suatu wabak yang berasal di sebuah daerah di
dalam Negara Cina pada sekitar Disember 2019. Ia telah merebak dengan cepat dan
tersebar kepada seluruh dunia. Wabak yang dikenali sebagai Pendemik Covid-19
memang sememangnya tidak terfikir dengan akal kerana telah melandai seluruh
dunia. Akibat daripada pengumuman sebagai pandemic oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO). Ia telah mengakibatkan ekonomi yang suatu ketika tengah rancak seolah-olah
terhenti. Banyak Negara di seantero dunia telah menguatkuasa peraturan kawalan
pergerakan atau terkenal dengan istilah lockdown.
Sudah tentu pelaksanaan kepada lockdown
ini telah merencatkan pelbagai aktiviti normal manusia seperti institusi
pendidikan seperti sekolah, university, maktab terpaksa ditutup. Situasi ini juga
memberi kesan kepada rumah ibadah seperti masjid, kuil, gereja , semua aktiviti
keagamaan terpaksa ditangguh bagi membendung penyebaran wabak Covid -19 tersebut.
Selain itu, akibat wabak Covid-19 telah menyebabkan ratusan ribu ataupun jutaan
manusia seluruh dunia telah kehilangan peluang pekerjaan akibat, banyak sektor
pekerjaan terpaksa menghentikan operasi.
Malaysia
sebagai sebuah negara yang makmur juga terkesan dengan wabak covid-19 ini,
apabila sekitar bulan Februari 2020, wabak ini telah mula membadai di Malaysia.
Walaubagaimanapun, dengan kekuatan dan kebijaksanaan pihak berkuasa iaitu
Kementerian Kesihatan Malaysia telah berjaya menangani dari menjadi lebih
teruk.
Pengenalan
Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 18 Mac 2020 sehinggalah kini telah
memasuki Peraturan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah membawa banyak
impak. Impak ini boleh dikatakan agak sukar diterima dimana salah satu sektor
yang penting iaitu industry pembinaan telah terhenti sementara semenjak 19 Mac
2020. Banyak projek pembinaan terpaksa ditangguh sementara bagi menyokong usaha
kerajaan untuk membendung penyebaran virus tersebut diseluruh Negara termasuklah
di kawasan tapak pembinaan. Impak dari penangguhan projek pembinaan ini telah
banyak memberi banyak kesan terutama kepada aliran tunai kontraktor, sub
kontraktor tiada kerja, buruh binaan tiada gaji, pihak pembekal bahan binaan
gagal beroperasi dan juga kepada syarikat pengangkutan yang membawa bekalan
bahan binaan ditapak terpaksa memberhentikan sementara operasi akibat banyak
sekatan jalan berlangsung.
Apabila
pihak kerajaan menerusi MITI membenarkan indusri-industri tertentu untuk
beroperasi semula ketika PKPB, dengan mengambilkira bahawa Negara mengalami kerugian
hampir RM 2.4 Billion satu hari. Setidak-tidaknya telah memberi harapan cerah
kembali kepada sektor pembinaan untuk beroperasi semula. Dan antara berita baik
diterima oleh pihak kontraktor untuk kontrak sedang berjalan sebelum PKP,
penangguhan tersebut membenarkan mereka memperolehi Lanjutan Masa atau EOT dalam
lebih hampir 2 bulan di bawah Klausa Force
Majeure Oleh demikian kontraktor tidak akan dikenakan Gantirugi LAD seperti
yang disyaratkan dalam kontrak. Pemberian EOT berdasarkan force majeure ini sebenarnya, tidak membenarkan kontraktor menuntut
perbelanjaan dan kerugian tambahan atau loss
and expense.
Disini
bermulalah dilemma kepada pihak kontraktor, kerana antara peraturan yang
ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui agensi CIDB dan
Kementerian Kerja Raya (KKR) di bawa prosedur standard kerja (SOP) kerja
pembinaan iaitu sebelum memulakan kerja pembinaan ditapak, perlu mematuhi
perkara-perkara seperti menjalankan saringan kesihatan seperti swap test untuk
pekerja warga asing, berdaftar laman web CIMS CIDB, menjalankan penjarakan sosial,
semakan suhu, memakai mask, kekerapan penggunaan sanitizer dan lain-lain. Untuk
syarat-syarat yang mudah seperti penyediaan mask dan sanitizer, kemungkinan kos
yang ditanggung oleh kontraktor berkemungkinan tidaklah besar.
Walaubagaimanapun, untuk saringan swap
terutamanya kepada pekerja asing yang tidak berdaftar adalah amat dibebankan.
Dengan kos sekitar RM 400 seorang dan di kalikan dengan bilangan pekerja. Anda
cuba kiralah sendiri
Adalah
amat membebankan kepada pihak kontraktor terutamanya kepada kontraktor bertaraf
Gred G1 dan Gred G2. Sudah tentu margin munasabah yang dijangka sebelum ini
akan menjadi tidak munasabah. Dengan peraturan pihak berkuasa menetapkan bahawa,
kegagalan pihak kontraktor untuk mematuhi SOP yang ditetapkan, akan boleh
menyebabkan dikenakan yang amat berat seperti tapak bina ditutup dan juga
didenda. Anda bayangkan, sudahlah didenda , tapak bina ditutup, berapa banyak
kerugian bakal ditanggung oleh pihak kontraktor
Walaupun,
pihak kerajaan memperuntukan sejumlah kos peruntukan melalui Perkeso dimana
majikan boleh membuat pemeriksaan pekerja asing yang berdaftar di pusat
pemeriksaan yang dilantik oleh Perkeso, dilemma timbul juga disini dimana
proses pemeriksaan perlu melalui proses giliran yang dijangka mengambil masa
yang agak lama. Disini persoalannya, berapa lama pihak kontraktor perlu sabar menunggu
giliran sedangkan, kerja di tapak perlu mula segera. Oleh demikian, pihak
kontraktor ketika ini cenderung untun menggunakan duit poket sendiri untuk
membuat pemeriksaan kesihatan diklinik-klinik swasta.
Selain
itu, terdapat cabaran lagi dimana di sesetengah negeri mewajibkan pihak
kontraktor perlu mendapatkan kebenaran dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
dengan perlu mengemukakan beberapa dokumen untuk kelulusan. Ini sudah tentu
akan menyumbang juga kepada kelewatan kepada pihak kontraktor.
Oleh
itu kepada pihak kontraktor, setidak-tidaknya, kena usaha menulis surat kepada
pihak majikan untuk memohon ehsan agar kos-kos pengurusan covid seperti swap
test dan lain-lain ini boleh dipertimbangkan di bawah pertimbangan ex gratia
atau mana-mana peruntukan yang difikirkan munasabah, walaupun sememangnya diketahui
bahawa dibawah klausa loss and expense, kontraktor
adalah tidak layak dipertimbangkan.
Manakala
kepada pihak majikan setidak-tidaknya boleh membantu pihak kontraktor demi
kelansungan projek pembinaan tersebut dapat disiapkan dalam tempoh yang amat
mencabar dan tidak terduga oleh akal ini dimana pandemic covid 19 telah memberi
kesan kepada kemajuan kerja di tapak pembinaan.
Kepada
pihak majikan lagi sekali, terutamanya pihak kerajaan, bolehlah membuat sedikit
pindaan dengan klausa berkaitan pandemic ataupun menambahbaik keatas Klausa 77 sediaada
yang berkenaan Epidemics. Paling tidak sekurang-kurangnya akan menjadi panduan
sekiranya kejadian ini akan berulang pada masa hadapan
Azilan,
PQS
16
Mei 2020
Disclaimer:
Artikel
diatas merupakan pandangan bebas penulis dan tidak mewakili mana-mana pihak.
2 ulasan:
utk pwd 203, mungkin boleh guna clause 21.2 compliance with the law regarding compliance with sop..boleh trigger v.o to the contract
Terima kasih tuan awg
Catat Ulasan