Loss And Expense
Salam PKP semua. Semoga semua sahabat Borak-QS berada dalam baik-baik sahaja. Semoga Pandemic Covid-19 akan cepat berlalu.
Jom ulangkaji serba sedikit tentang pentadbiran kontrak. Tajuk yang dipilih kali ialah Loss and Expense.
Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa atau sinonim dengan panggilan EOT adalah satu perakuan yang dikeluarkan kepada kontraktor yang membolehkan tempoh masa asal dilanjutkan kepada tempoh masa yang dibenarkan. Banyak sebab yang membolehkan pihak kontraktor memperolehi Lanjutan Masa seperti kelewatan memasuki tapak, force majeure, Arahan Pegawai Penguasa (APP) berkaitan Perubahan Kerja (VO) dan lain-lain. Alasan-alasan ini telah dijelaskan di dalam klausa borang-borang kontrak setara. Misalnya didalam borang kontrak JKR203A (2010) klausa EOT adalah berada di bawah klausa 43.
Kesan dari pengeluaran EOT, kontraktor adalah tidak akan dikenakan gantirugi LAD sejajar dengan peruntukan kontrak.
Pengeluaran EOT sebenarnya amat berkaitan dengan Klausa 44, iaitu claim for loss and expense. Dimana jika kelewatan berdasarkan kepada beberapa klausa seperti 43.1(c), 43.1(d),43.1(f) dan 43.1(h), pihak kontraktor adalah dibenarkan menuntut perbelanjaan tambahan dan gantirugi (loss and expense). Oleh demikian tidak semua alasan dalam kelulusan EOT yang membenarkan tuntutan perbelanjaan.
Untuk membenarkan tuntutan kontraktor ini, ada beberapa pra syarat perlu dipatuhi seperti menghantar notis hasrat menuntut dalam tempoh 30 hari (klausa 44.1) dari tarikh kejadian dan mengemukakan detail tuntutan dalam masa 90 hari selepas Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dikeluarkan (Klausa 44.2). Sekiranya prasyarat ini tidak dipatuhi, harapan tuntutan pihak kontaktor untuk menuntut adalah tipis.
Apakah kos yang boleh dituntut oleh kontraktor?Kos yang boleh dituntut adalah seperti idling cost, prolongation cost dan lain-lain kos. Kesemua kos ini perlu dibuktikan yang menunjukkan terdapat kerugian oleh pihak kontraktor. Idling cost adalah seperti kos penggunaan jentera atau mesin lain yang terlibat di tapak bina. Kos-kos prolongation adalah seperti kos di dalam item preliminaries seperti insuran, bon pelaksanaan. Selain itu kos-kos head office juga boleh dituntut sekiranya sesuai.
Terdapat beberapa formula untuk tuntutan head office yang boleh digunakan seperti Hudson’s Formula atau Emden Formula.
Hudson’s Formula
Head Office/ Profit Percentage x Contract Sum x period
100 Contract Period
Emden Formula
H x Contract Sum x period of delay
100 Contract Period
Kesemua tuntutan kontraktor perlu disertakan dengan bukti untuk kelulusan Pihak Pegawai Penguasa (PP)
Sekiranya PP menolak permohonan pihak kontraktor. Apakah yang patut dilakukan?
Kontraktor boleh merujuk kepada proses timbangtara atau litigasi. Berkenaan case Loss and Expense ini, penulis berkesempatan untuk mencari dua kes di mahkamah untuk rujukan bersama.
Kes Dama Design & Build Sdn Bhd vs Universiti Pendidikan Sultan Idris [2017] MLJU 639.
Didalam kes ini pihak plaintiff, telah memperolehi 2 EOT iaitu EOT no 1 berkenaan klausa 45.1(g) (kelewatan menerima tapak) dan EOT No. 2 Klausa 45.1(e) (Lewat menerima arahan kerja dari pihak Defendan). Pihak kontraktor telah menuntut kos-kos kerugian berkaitan prolongation iaitu RM 386,069.33 (EOT No 1) dan RM 90,485.00 (EOT No. 2). Dalam keputusan kes,hakim telah memutuskan bahawa hanya tuntutan Loss and Expense pada EOT No. 2 yang dibenarkan kerana telah mematuhi kehendak klausa 45.2 dan penghantaran notis tuntutan dalam tempoh dibenarkan serta beserta detail tuntutan. Amaun kerugian sebanyak RM 90,485.00 adalah dibenarkan
Di dalam kes .lain Perbadanan Menteri Besar Kelantan vs Syarikat Perusahaan Majubina Sdn Bhd. Dalam kes ini, tuntutan loss and expense juga ditolak kerana kontraktor gagal membuktikan kerugian yang terlibat.
Kesimpulannya, untuk membuat tuntutan loss and expense, pihak kontraktor perlu mematuhi keperluan klausa-klausa kontrak yang membenarkannya seperti klausa EOT yang relevan, menghantar notis intention dan mengemukakan bukti kerugian tersebut untuk pertimbangan.
Sekadar pendapat bebas penulis semasa PKP
19 April 2020
Kalumpang
Salam.. selain daripada klausa-klausa dalam EOT seperti yang dinyatakan oleh penulis, apakah sebab lain yang melayakkan pihak Kontraktor untuk menuntut Loss & Expense?
BalasPadamSaya ada 1 kes , submission L&E kami di tolak walaupun kami telah diberikan EOT sehingga 4 . Projek dijalankan semasa pandemic covid. Mohon nasihat dan info lanjut yang boleh kami lakukan untuk meneruskan tuntutan L&E ini. Terima Kasih
BalasPadam