Pages - Menu

Pages - Menu

Pages

Selasa, 26 Februari 2019

Duti Setem Kontrak Pembinaan




Setiap kontrak pembinaan yang dimasuki antara pihak majikan dan kontraktor perlu dimatikan setem untuk membolehkan ia digunakan sebagai bahan bukti sekiranya berlaku pertikaian di Mahkamah. Kadar untuk duty stamps adalah tertakluk di dalam Jadual Pertama Akta Setem 1949.

Mengikut kebiasaan untuk kontrak menggunakan borang JKR 203A dan merujuk kepada Pekeliling 1PP, kontrak perlu ditandatangani dalam tempoh 4 bulan dari tarikh Surat Setujuterima (SST) ditandatangan. Selanjutnya selepas ditandatangan, dalam masa 30 hari kontrak tersebut perlu dimatikan setem. Kelewatan melebihi 30 hari akan mengakibatkan denda penalti boleh dikenakan. Dalam peruntukan borang JKR 203A juga menetapkan  bahawa segala kos duti setem adalah ditanggung sendiri oleh pihak kontraktor sendiri. Tiada kos duti setem di dalam kerja-kerja awalan dan kontraktor perlu membuat perkiraan sendiri.

Setelah semakan ke atas Akta Setem 1949 dan rujukan dengan Pejabat Hasil Negeri Manjung Perak 26 Februari 2019 (11.00am). Menyatakan bahawa melalui PU (A) 476 Peremitan berkaitan surat cara Perjanjian Perkhidmatan yang boleh dikenakan duti di bawah sub sub butiran 22(1)(b), Jadual 1, Akta Setem 1949. Kadar Duty Stamp untuk kontrak pembinaan adalah 0.1% daripada harga kontrak

Sebagai contoh katakan harga kontrak pembinaan: RM 25 Juta. Kadar duti setem 0.1% x RM 25 Juta = RM 25 Ribu


Sekian 
26.02.19

Tiada ulasan:

Catat Ulasan