Pages - Menu

Pages - Menu

Pages

Ahad, 17 September 2017

EOT- Cuaca Buruk yang luar biasa



Cuaca Buruk Luar Biasa.
Masalah cuaca buruk luar biasa bukan sahaja sukar dibuktikan, malah jika dibuktikan sekalipun tidak semestinya akan membawa kepada lanjutan masa. Penilaian mesti dibuat untuk masa yang spesifik dan kepada kerja yang spesifik. Cuaca buruk itu mestilah memberi kesan kepada kerja yang sensitif kepada cuaca sahaja. Secara asasnya, kontraktor semasa tender mestilah telah mempunyai pengetahuan tentang geografi kawasan kerja dilaksanakan termasuk segala aspek berkaitan pembinaan seperti cuaca, masa dan kekerapan hujan. Kontraktor yang menender untuk membina struktur konkrit dalam bulan Disember di Kelantan misalnya dianggap tahu bahawa Disember adalah musim tengkujuh dengan hujan hampir setiap hari dan sepatutnya telah mengambilkiran ketidakbolehan kerja dalam bulan tersebut. Jika tidak dia mestilah telah mengambilkira dan memasukkan harga yang termasuk risiko LAD ke dalam tender.
Untuk menilai cuaca buruk luar biasa, kontraktor perlu mengemukakan;
a. Rekod cuaca harian ditapak;
b. Data cuaca 10 tahun bagi minggu berkenaan daripada stesen meteorologi berdekatan;
c. Perkiraan purata hujan harian bagi minggu berkenaan bagi 10 tahun dibandingkan dengan hujan pada minggu tersebut dalam tempoh kerja.
d. Perkiraan menunjukkan bahawa hujan dalam minggu tersebut adalah luar biasa dibandingkan dengan purata 10 tahun.
e. Bukti daripada rekod tapak menunjukkan kerja yang tidak dapat dibuat itu sensitif kepada hujan atau cuaca buruk.
f. Kerja tersebut dibuktikan daripada Program Kerja yang disahkan sebagai terjadual untuk dilaksanakan dalam minggu berkenaan, bukan kerja yang sepatutnya telah dibuat dalam musim kering tetapi terlewat atas sebab kesilapan kontraktor lalu terpaksa dibuat dalam masa hujan.

Khamis, 12 Januari 2017

How To Calculate Steel Reinforcement

How to calculate berat besi tetulang yang berada on site:

Katakan besi yang digunakan adalah bersaiz T12 dengan length 5.2 meter.

Convert Besi T12 = 0.888kg/m

5.2 x 0.888kg/m = 4.61kg

Oleh demikian berat besi panjang 5.2m T12 ialah 4.61kg


TQ

Rabu, 4 Januari 2017

Buku Pengurusan Prapembinaan Ukur Bahan



Penulis : Othman Mohamed, Imran Ariff Yahya, Mahanim Hanid, Mohd Suhaimi Mohd Danuri, Fadhilah Mohd Nor, Saipol Bari Abd Karim
Harga : 43.00
ISBN : 978-967-0764-78-8 
Tahun terbitan : 2017
Bil. muka surat :  122 muka surat
Industri pembinaan memainkan peranan penting dalam peningkatan ekonomi negara membangun seperti Malaysia. Pada suku tahun ketiga 2014 industri pembinaan telah menyumbangkan sebanyak 9.6% kepada pengeluaran negara kasar (Jabatan Statistik Malaysia, 2015).
Dalam menjayakan hasrat ini, semua pihak yang terlibat dalam industri pembinaan haruslah bekerjasama dan berganding bahu agar perkembangan pesat industri ini sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Begitu juga peranan dan tugas Juruukur Bahan yang berkembang mengikut arus pembangunan dari masa ke semasa.
Juruukur Bahan merupakan pihak yang terlibat secara langsung dalam sesuatu projek bermula dari peringkat awalan sehingga penyediaan akaun muktamad adalah bertanggungjawab dalam memastikan kos projek tidak melebihi peruntukan yang telah ditetapkan oleh pihak majikan. Justeru itu, maklumat dan objektif yang tepat mengenai projek adalah penting untuk memastikan kos yang dianggarkan menepati dan di dalam lingkungan bajet yang telah ditetapkan oleh majikan.