1. Merekod, mencatat aktiviti projek setiap hari dalam site diary
2. Mengatur kerja tukang atau pekerja binaan
3. Mengawal selia kerja di tapak
4. Mengawal dan menyemak mutu kerja
5. Mengawasi kerja dari segi kaedah binaan, cara pemasangan, kemasan
6. Penerimaan barang di tapak dan mengatur penyimpanan serta rekod, ia juga akan bekerjasama dengan kerani tapak
7. Melapor kemajuan kerja kepada pengurus projek. Ia akan merekod peratus %, kuantiti kerja, membuat ukuran sub con dan memberi maklumat kepada pengurus projek.
Pages - Menu
▼
Pages - Menu
▼
Pages
▼
Jumaat, 25 November 2016
Selasa, 8 November 2016
JEMPUTAN CERAMAH BERKAITAN TENDER DOCUMENT AND CONSTRUCTION CONTRACT
Alhamdullilah, tarikh 7hb November 2016, Penulis telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar Diploma Ukur Bahan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Behrang, Perak. Seramai 30 orang pelajar mengikuti ceramah berkaitan dengan Pengurusan Perolehan Dan Pentadbiran Kontrak.
Kandungan ceramah dimulai dengan penerangan berkenaan perolehan, jenis-jenis perolehan, kaedah perolehan, tatacara sebutharga, tatacara tender jenis konvensional, tatacara tender jenis reka dan bina dan diakhiri dengan pentadbiran kontrak berasaskan borang JKR 203A dan JKR Design & Build.
Selesai ceramah, diikuti dengan tugasan untuk dilaksanakan dalam kumpulan. Setiap kumpulan perlu menyiapkan 3 tugasan yang diberikan oleh penulis.
Ceramah ini berakhir pada 1.30 petang. Diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak kepada pelajar yang hadir.
Sekian
7hb November 2016
Azilan Mazahar