Manuskrip Buku Pengurusan Kontraktor Di Peringkat Pra Pembinaan telah berjaya disiapkan selepas dihasilkan dalam tempoh 6 bulan. Idea untuk menghasilkan manuskrip ini adalah bersandarkan kepada ingin membantu kepada individu atau lepasan universiti yang ingin bidang pembinaan iaitu sebagai kontraktor.
Di dalam manuskrip ini, ia mempunyai hampir 160 muka surat dan mengandungi 13 bab yang dirangka khas untuk membantu seorang kontraktor untuk berjaya. Ia merangkumi proses pendaftaran kontraktor sehingga bab persediaan memasuki tapak binaan. Di antara bab-bab tersebut adalah seperti berikut:
- Pengenalan
- Perolehan
- Pendaftaran Kontraktor
- Kontraktor Di Dalam Industri Pembinaan
- Dokumen Tawaran Sebutharga
- Dokumen Tawaran Tender
- Penyediaan Kadar Harga dan Pengiraan Keuntungan
- Cukai GST dalam industri Pembinaan
- Keperluan kontraktor dalam menyertai proses perolehan
- Kegagalan dalam proses perolehan
- Tips dalam mengemukakan dokumen tawaran
- Persediaan Memasuki Tapak Binaan
- Kesimpulan
Antara content dalam manuskrip ini. |
Buat masa ini, buku ini masih belum berada di dalam pasaran lagi. Sebarang pertanyaan boleh di email kepada bukuteknikal@gmail.com atau wasap 0123875655
Tiada ulasan:
Catat Ulasan