Current Visitor

Rabu, 10 Februari 2016

Info Teknikal - Cerucuk





CERUCUK

TUJUAN:
melakukan kerja-kerja penggalian, cerucuk, memasang penahan tanah, penyemburan racun anti serangga dan kerja-kerja kepala cerucuk dengan menggunakan perkakas dan pealatan suapaya hasil kerja menepati dan spesifikasi yang ditetapkan.

PENERANGAN
Apabila tapak binaan terdiri daripada tanah lembut dn keupayaan tanggungnya tidak mencukupi, tindakan hendaklah diambil untuk menguatkan keadaan tanah. Alah satu daripada caranya ialah menggunakn cerocok. Cerocok digunakan bersama satu jenis asas yang lain, biasanya alas tiang ataupun rakit.

Cerocok ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:

1.Cerocok Tanggung (Cerucuk tanggung hujung (End-bearing Pile) iaitu cerucuk di tahan oelh lapisan tanah keras atau batu – Cerocok ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras atau lapisan batu yang berupaya menanggung bebannya. Cerocok-cerocok ini merupakan tiang-tiang yang terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung kesemua beban bangunan. Beban bangunan tersebut diagihkan terus ke atas tanah atau batu yang menyokongnya. Jarak dia antara cerocok-cerocok berdasar kepada saiz cerocok Dan bahan yang digunakan.

2.Cerocok Geseran (Cerucuk geseran kulit ( Skin frictional Pile ) iaitu beban struktur di tanggung oleh geseran kulit di seluruh permukaan cerucuk yang bersentuhan dengan tanah – Cerocok ini ditnggung oleh daya gesean diantar atanah dan permukaan cerocok. Oleh sebab itu bahan yang digunakan untuk cerocok ini haruslah mempunyai permukaan yang kasar dan jarak diantara cerocok-cerocok hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan bahan cerocok.Oleh kerana banyak faktor-faktor yang di sebut diatas seperti kekuatan tanah dan lain-lain adalah perkara yang relatif, maka kebanyakan cerucuk mempunyai kedua-dua sifat tanggung hujung dan geseran kulit tetapi di dalam kadar yang berbeza-beza.

Berdasarkan kepada kesan yang dibawa oleh cerucuk kepada tanah, maka cerucuk boleh di bahagikan kepada :

i.Cerucuk tanpa anjakan (Non-Displacement Pile) seperti Bored, Micro Pile.

ii.Cerucuk anjakan kecil ( small-Displacement Pile ) seperti H – Pile, Sheet Pile, Pipe Pile, Concrete spun pile dan lain-lain lagi

iii.Cerucuk anjakan besar ( Large-Displacement Pile )
Contohnya Reinforcement Concrete pile.

Berdasarkan kepada jenis bahan cerucuk, pembahagian boleh dibuat seperti diberikut :

i.Cerucuk Bakau
Saiz 3” atau 5” bulat
Beban yang dibenarkan 3/2 – 1 tan
Mesti berada di bawah paras air bawah tanah yang minima.

ii.Cerucuk kayu berubat ( Tanalised Timebr Pile )
Saiz 5” x 5”, 6” x 6”
Jenis kayu : kempas & keruing
Beban yang dibenarkan 8-15 tan

iii.Cerucuk konkrit bertetulang ( R.C. Pile )
Saiz 12” x 12”, 14” x 14”, 15” x 15”
Beban yang dibenarkan 42– 65 tan

iv.Cerucuk konkrit tegas dahulu
Saiz 10” x 10”, 12” x 12”, 14” x 14”, 16” x 16”
Beban yang dibenarkan 45 –110

v.Cerucuk keluli H
Saiz 8” x 8”, 10” x 10”, 12” x 12”
Beban yang dibenarkan 50 – 150

vi.Cerucuk gerek tuang di tempat ( Cast Insitu Bored Pile )
Saiz 18” – 160” bulat
Beban 60 – 1000 tan.

Kesimpulan bahan-bahan yang digunakan untuk cerocok adalah seperti berikut:
•Kayu – kayu bakaru atau kayu lain yang terawet
•Konkrit – tuang-dahulu (bertetulang)
Tuang disitu (Raymond, Franki Dan sebagainya)
•Rencam (composite) – kayu atau keluli (bahagian atas)
Konkrit (bahagian atas)
•Keluli - Cerocok H, Cerocok paip, Cerocok kepingan

2.Kerja Cerucuk Di Tapakbina

Penanaman cerucuk adalah merupakan bidang kerja yang terpenting sekali di dalam sesuatu projek. Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap dan asas ditimbus, kerja-kerja memperbaiki sukar dilakukan jika sekiranya terdapat kesilapan. Keadaan menjadi lebih menyulitkan jika sekiranya kesilapan atau kerosakan disedari atau berlaku apabila struktur telah didrikan.
Walaupun penyelidikan tapak telah merumuskan panjang cerucuk yang perlu ditanam di sesuatu projek, ianya mestilah diterima dengan cermat kerana di dalam perihal kerja-kerja penanaman cerucuk, tidak semua ketentuan adalah muktamat. Oleh itu kerja-kerja cerucuk selalunya dikategorikan sebagai ‘Provisional’ di mana ukuran semula akan dibuat apabila siap kerja nanti.Berdasarkan fakta-fakta yang tersebut, penyeliaan ditapakbina sebelum ini, hanya cerucuk R.C. keluli dan kayu akan disentuh memandangkan teknik penanamannya adalah sama

3.Cerucuk Kayu
Kayu bakau Dan kayu dari jenis kempas yang telah diawet adalah diantara bahan yang digunakan dalam kerja-keja asas cerucuk. Ia sesuai sekali digunakan bagi pembinaan bangunan yang kecil Dan tidak mempunyai bebanan yang tinggi. Garis pusat kayu bakau yang akan digunakan kebiasaannya berukiuran 75mm hingga 125mm..

4.Cerucuk Konkrit bertetulang
Boleh digunakan pada kebanyakan tapak dan keadaan tanah kecuali di kawasan yang terlalu lembut dan kawasan yang mempunyai batu kapur. Mempunyai ukuran 200 x 200 hingga 400 x 400 mm.

5.Cerucuk Keluli
Terdiri dari keluli berbentuk huruf ‘H’ bentuk bulat sepeprti cerucuk paip Dan cerucuk kepingan. Bagi kerja-kerja penyambungan, keluli jenis ini memerlukan pengimpalan pada bahagian atasnya bagi menambah panjang cerucuk jenis ini supaya dapat mencapai tahap kedalaman yang dikehendaki. Sesuai sekali digunakan pada kawasan yang terdapat batu kapur, walau bagaimanapun ia kurang digunakan kerana haga yang mahal. Ia juga mempunyai ukuran 200 mm x 200 mm hingga 350mm x 350mm.

6.Kumpulan Cerucuk
Penentuan kepupayaan cerucuk menanggug Dan menyebar bebanan dari superstruktur banyak begantung kepada panjang cerucuk yang digunakan, keluasan kerataan permukaannya Dan semestinya kekuatan yang terdapat pada tanah itu sendiri. Bagi menjamin kesetabilan yang sempurna, cerucuk-cerucuk digunakan secara berkelompok atau berkumpulan Dan ia begitu berkait rapat dengan bebanan yang dikenakan ke atasnya. Untuk itu, pada permukaan atas cerucuk, dibina pula tetopi cerucuk berulang Dan memindahkan bebanan tiang ke kepala cerucuk.

1.Bar Splicing / Butt Welding -
Konkrit dipecahkan disekeliling cerucuk sepanjang 30 kali saiz besi tetulang yang terbesar dan segala links dikeluarkan. Besi tetulang yang baru kemudian disambung kepada yang lama dengan splicing, links yang baru dipasang balik dengan jaraknya separuh dari jarak links dalam cerucuk asal. Kotak acuan dipasang semula dan dikonkritkan dengan konkrit bancuhan yang sama. Jika besi baru hendak disambung dengan ‘butt welding’, jarak konkrit yang perlu dipecahkan adalah 12”. Di dalam kaedah ini, ketegakan besi perlu diperhatikan.

2.Dowel berjoint / Plate Welding -
Di dalam kaedah ini, cerucuk sambungan disediakan dengan dowel bar yang boleh dimasukkan ke dalam paip yang ada di cerucuk permulaan. Kepingan besi lembut dari kedua-dua cerucuk kemudian dilekatkan dengan fillet di sekeliling.

3.Kepala cerucuk -
Jenis kepala cerucuk yang biasa digunakan di dalam JKR adalah :

i)Flat Ended Shoe - Untuk tanah yang lembut

ii)Cast Iron Shoe - Untuk tanah yang sederhana dan keras

iii)Rock Shoe - Untuk tanah yang keras dan berbatu

















0 ulasan: