Kontrak Reka dan Bina atau Design And Build bermaksud, sesuatu projek dilaksanakan dengan Kontraktor menyediakan rekabentuk dan melaksanakan kerja pembinaan berdasarkan kehendak projek atau need of statement dari pihak klien.
Pihak yang merekabentuk bagi pihak kontraktor ialah perunding-perunding yang terdiri daripada Arkitek, Jurutera Awam, Mekanikal, Elektrik dan Juruukur Bahan. Kesemua perunding diletakkan di bawah tanggungjawab pihak kontraktor.
Pegawai Penguasa yang mentadbir pihak klien untuk kontrak ini dikenali sebagai Pengarah Projek (PP) atau Project Director (PD).
Borang kontrak kontrak reka dan bina bagi projek kerajaan ialah menggunakan Borang Kontrak JKR DB (1/2010. Borang ini mengandungi 79 Klausa syarat-syarat Kontrak.
Dalam syarat-syarat kontrak ini mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
- Kerja hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh milik tapak.
- Program kerja atau work programme perlu disediakan dalam tempoh 2 minggu dari milik tapak dan pihak PD perlu mengesahkan dalam tempoh 21 hari (Klausa 13.5)
- Pihak kontraktor perlu menyediakan bon pelaksanaan dalam nilai 5% dari nilai kontrak
- Pihak kontraktor perlu mengemukakan design gerenti sebelum CPC keluar dengan nilai 5% dan berkuatkuasa selama 5 tahun dari tarikh siap (Klausa 14.3)
- Maksud VO ialah penambahan, pengurangan atau penggantian (Klausa 23.0)
0 ulasan:
Catat Ulasan