Lembaga Juruukur Bahan Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Parlimen, iaitu Akta Juruukur Bahan 1967(pindaan 2002). Komposisi Ahli Lembaga adalah terdiri daripada Presiden, Pendaftar dan 16 Ahli yang dilantik oleh Menteri Kerja Raya Malaysia.
- Untuk menyimpan dan menyelenggara Daftar Juruukur Bahan;
- Untuk meluluskan atau menolak permohonan pendaftaran atau kebenaran untuk beramal atau meluluskan apa-apa permohonan tertakluk kepada syarat-syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkan perlu;
- Untuk mengarahkan pengeluaran surat amaran dan peringatan bertulis, pengenaan denda, penggantungan, pembatalan, penyingkiran atau pemasukan semula selaras dengan Bahagian III dan IV Akta Juruukur Bahan;
- Untuk menetapkan dari masa ke semasa dengan kelulusan daripada Menteri, Skala Fi yang dikenakan oleh Juruukur Bahan Berdaftar dan Firma atau Pertubuhan Perbadanan yang beramal sebagai Juruukur Bahan Perunding bagi khidmat nasihat profesional atau servis yang diberikan;
- Untuk membicarakan dan memutuskan pertikaian berhubung dengan kelakuan atau etika professional Juruukur Bahan Berdaftar, Juruukur Bahan Siswazah Berdaftar atau Juruukur Bahan Berdaftar Sementara atau untuk melantik jawatankuasa atau penimbangtara bagi membicarakan dan memutuskan pertikaian tersebut;
- Untuk bertindak sebagai pemegang amanah dalam kontrak perkhidmatan juruukur bahan perunding, di mana dirasakan perlu oleh Lembaga;
- Untuk menentukan dan mengawalselia kelakuan dan etika professional profession ukur bahan;
- Untuk menganjurkan atau terlibat dalam penganjuran program pembangunan professional bagi Juruukur Bahan Berdaftar, Juruukur Bahan Siswazah Berdaftar atau Juruukur Bahan Berdaftar Sementara bagi mempertingkatkan pengetahuan terkini dalam bidang yang berkaitan dengan profesion ukur bahan;
- Untuk melantik badan yang terdiri daripada ahli Lembaga, individu dan/atau pertubuhan yang akan ditentukan oleh Lembaga untuk menjalankan penilaian akreditasi dan mengendalikan peperiksaan bagi kemasukan dalam profesion ukur bahan;
- Untuk melantik mana-mana individu untuk mewakili Lembaga dalam mana-mana badan atau panel peperiksaan yang dilantik oleh institusi, badan atau pertubuhan yang mewakili profesion ukur bahan , dan mengesyorkan kepada Lembaga berkaitan dengan peperiksaan bagi tujuan kemasukan dalam profesion ukur bahan;
- Untuk melantik Ahli Lembaga sebagai wakil dalam mana-mana Lembaga atau pertubuhan yang ditubuhkan untuk tujuan yang berkaitan dengan profesion ukur bahan, dan untuk melantik ahli Lembaga sebagai wakil dalam Lembaga Jurutera dan Lembaga Arkitek selaras dengan undang-undang yang berkaitan;
- Untuk menyediakan biasiswa dan fasiliti lain bagi mempromosikan pelajaran dan pengetahuan yang berkaitan dengan ukur bahan, dimana dirasakan perlu oleh Lembaga;
- Untuk memberi kebenaran kepada mana-mana individu untuk menyiasat apa-apa pelanggaran dalam Akta atau Peraturan yang dibuat dibawah Akta; dan
- Secara umumnya, untuk melakukan semua tindakan, perkara dan hal yang perlu untuk melaksanakan peruntukan Akta Juruukur Bahan 1967.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi nombor tertera di bawah
Address
Tingkat 17, Blok F,
Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur, Malaysia
Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur, Malaysia
Contact
Email: info[at]bqsm.gov.my
Telephone No: 603 2610 7999 (CPD) / 603 2610 8140 (Firm) / 603 2610 7803/8142 (MP) / 603 2610 7809 (MF) / 603 2610 8147 (IT)
Fax No: 603 2692 5680
Website: http://www.bqsm.gov.my
Telephone No: 603 2610 7999 (CPD) / 603 2610 8140 (Firm) / 603 2610 7803/8142 (MP) / 603 2610 7809 (MF) / 603 2610 8147 (IT)
Fax No: 603 2692 5680
Website: http://www.bqsm.gov.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan