Pada sesiapa ada pendapat berkaitan soalan diatas.boleh berkongsi disini
Pages - Menu
▼
Pages - Menu
▼
Pages
▼
Khamis, 17 Julai 2014
Selasa, 8 Julai 2014
Ahad, 6 Julai 2014
Sabtu, 5 Julai 2014
Kerjaya Juruukur Penilaian
Juruukur Penilaian
Siapakah Juruukur Penilaian? Juruukur Penilaian atau penilai harta tergolong sebagai ahli profesional yang terlibat dalam bidang pengukuran di Malaysia.
Badan profesional yang menaungi juruukur penilaian ialah Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) yang beribupejabat di Petaling Jaya, Selangor.
Untuk para graduan lepasan SPM, STPM atau Politeknik yang ingin menceburi bidang ini boleh menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM),Universiti Malaya (UM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Tugas-tugas seorang juruukur penilaian yang bekerja disektor swasta adalah seperti berikut:
Tugas-tugas seorang juruukur penilaian yang bekerja disektor swasta adalah seperti berikut:
- Bidang Penilaian Hartanah ~ bertugas menjalankan kerja-kerja penilaian ke atas tanah dan bangunan serta loji mengikut kehendak oleh pihak klien. Kaedah penilaian adalah berdasarkan kepada cara seperti Kaedah Penilaian Perbandingan, Pelaburan, Kos, Nilai Baki dan Penghasilan (Akaun).
- Amalan Agensi Hartanah ~ Bertugas sebagai agen hartanah bagi urusan transaksi melibatkan penjualan , pembelian rumah, penyewaan premis dan pemajakan premis. Untuk tujuan ini, para jurunilai boleh mengiklankan perkhidmatan kepada orang awam
- Amalan Pengurusan Harta~ Bertugas sebagai seorang pengurus harta yang dilantik oleh pemilik bagi menjaga kepentingan pemilik.
(Artikel diatas dipetik melalui buku Juruukur Penilaian Dan Proses Pembangunan Hartanah)
Selasa, 1 Julai 2014
SALAM RAMADHAN 1435H
SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG BORAK-QS. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA DENGAN BILANGAN PELAWAT TELAH MENCAPAI 446,000 ORANG