Mahkamah
Pembinaan yang pertama di Malaysia telah dirasmikan oleh Ketua Hakim
Negara, Tun Arifin Zakaria semalam 14 April 2014. Mahkamah ini
diwujudkan khusus untuk menangani pertikaian berkaitan industry
pembinaan. Menteri Kerja Raya, Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusof telah
menyatakan dalam ucapan beliau dalam majlis tersebut, pewujudan
mahkamah ini akan mengubah cara perniagaan dalam industri pembinaan
beroperasi. Penggiat industri dengan ini
boleh merujuk kepada mahkamah berkenaan bagi sebarang pertikaian yang
berlaku di antara mereka. Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah YB
Puan Hajjah Nancy Binti Hj Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Tan Sri Dato’ Seri Md Raus bin Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri
Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya, Tan Sri
Dr. Ahmad Tajuddin Bin Ali, Pengerusi, Lembaga CIDB, Dato’ Sri Prof.
Ir. Dr. Judin Bin Abd Karim, Ketua Eksekutif. CIDB, Justice Robert
Akenhead, Judge of Technology and Construction Court, UK, Dato’ Seri
Idrus Harun, Peguam Cara Negara, Puan Azimah Binti Omar, Ketua
Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia serta lain-lain jemputan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan