Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Jumaat, 24 Januari 2014

LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN PIPE CULVERT DAN WINGWALL DI TAPAK BINA

Pipe Culvert Di Angkat Ke Tapak Bina Menggunakan Back Hoe

Pipe Culvert di letakkan pada laluan tali air yang berkaitan



Kerja-kerja pembinaan dinding kekotak atau formwork ke atas wing wall berjalan



Keadaaan Pipe Culvert Dan Wingwall Yang Sudah Siap Di Tapak

INFO BUKU: PENGENALAN KEPADA PENTADBIRAN KONTRAK (BERDASARKAN BORANG KONTRAK JKR 203 A)

TAJUK: PENGENALAN KEPADA PENTADBIRAN KONTRAK (BERDASARKAN BORANG KONTRAK JKR 203 A)

PENULIS: MOHD NAZIR BIN ISMAIL

HARGA : RM 52.00 (Tak termasuk kos pos laju)

SINOPSIS:

Buku ini disediakan dengan pengenalan terhadap pentadbiran kontrak yang berdasarkan borang kontrak siri 203. Sesuai dengan tajuk buku iaitu 'Pengenalan Kepada Pentadbiran Kontrak' pendekatan yang dimajukan adalah lebih kepada perkara-perkara tertentu atau istilah yang biasa ditemui semasa mentadbir kontrak binaan. Buku ini ditulis dengan mengambil kira beberapa perkara, antara lain, pemahaman perkara-perkara asas yang ditemui dalam syarat-syarat kontrak dan seterusnya ulasan-ulasan tentang fasal-fasal terpilih diikuti dengan contoh-cntoh perakuan, surat dan lain berkaiatan.

Kandungan buku ini sedikit sebanyak mengambil kira silibus program ukur bahan di peringkat diploma dan ijazah di IPTA. Di samping itu, buku ini juga dirasakan sesuai untuk pelajar-pelajar jurusan lain seperti bangunan, ukur bangunan, kejuruteraan awam dan bidang-bidang yang berkaitan. Diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang didalam bidang industri pembinaan amnya.


SEKIRANYA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN BUKU INI, SILA WASSAP 012 387 5655 UNTUK PERTANYAAN

Khamis, 23 Januari 2014

Rabu, 22 Januari 2014

JKR 203N (Revised 1/2010) For NSC

Ahad, 12 Januari 2014

Pendaftaran Juruukur Bahan Siswazah Dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia

Saban tahun, lulusan graduan dalam bidang Ukur Bahan atau Quantity Surveying dikeluarkan oleh Institut Pengajian Awam (IPTA) atau Universiti Luar Negara.


Berdasarkan statistik yang dipetik dari Web Lembaga Juruukur Ukur Bahan Malaysia, sehingga Januari 2014, seramai 1426 orang telah berdaftar sebagai Juruukur Bahan Siswazah dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM). Jumlah ini dikira akan sedikit berbanding bilangan graduan yang keluar dari Universiti setiap tahun.

Untuk berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia, graduan perlu mempunyai kelulusan Ijazah Pertama dalam bidang Ukur Bahan dari Universiti-universiti berikut atau lulus peperiksaan Final / Direct Final Exam dengan Pertubuhan Juruukur Malaysia (RISM).

Senarai Kelulusan Ijazah Pertama Bidang Ukur Bahan dari IPTA/ IPTS :


1) Kolej Tunku Abdul Rahman (12/05/2011 - 11/05/2014 )
Advanced Diploma in Quantity Surveying
(Graduants required to obtain one (1) year working experience under supervision of
Registered Quantity Surveyor before eligible to apply as a Registered Graduate
Quantity Surveyor with the Board.)

2) Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (19/09/2011-18/09/2014)
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ukur Bahan

3) Taylor’s University (20.01.2011 - 19.01.2014)
Bachelor of Quantity Surveying (Honours)

4) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (25/05/2012 - 24/05/2014)
Sarjana Muda (Kepujian) Ukur Bahan

5) Universiti Sains Malaysia (29/08/2011 – 28/08/2014)
Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) Kepujian (Ukur
Bahan)

6) Universiti Teknologi MARA (25/07/2012 - 24/07/2014)
Sarjana Muda (Kepujian) Ukur Bahan

7) Universiti Tunku Abdul Rahman (20/1/2012 – 19/1/2015)
Bachelor of Science (Hons) Quantity Surveying


Untuk kelulusan daripada Universiti Luar Negara, boleh dirujuk di laman web LJBM.

Tujuan utama untuk pendaftaran sebagai Juruukur Bahan Siswazah adalah kerana ia sebagai laluan kepada seorang Juruukur Bahan meningkat tahap profesionalisma dan seterusnya untuk berdaftar sebagai Juruukur Bahan Berdaftar.

Untuk pendaftaran, seorang Juruukur Bahan lulusan universiti boleh mendaftar melalui laman web LJBM beserta dengan butiran-butiran dokumen lain seperti Salinan Sijil Ijazah, Transkrip serta dengan nama seorang pencadang yang terdiri daripada Member RISM atau Juruukur Bahan Berdaftar.

Semasa mendaftar, perlu disertakan dengan pembayaran sebanyak RM 50.00 untuk pendaftaran dan RM 50.00 untuk yuran tahunan. Pembayaran boleh dibuat melalui cek atau on line.

Seorang Juruukur Bahan yang sudah  bergelar Juruukur Bahan Siswazah perlu mencapai sekurang-kurangnya 5 mata CPD secara tahunan bagi membolehkan ia membuat pembaharuan pendaftaran untuk tahun berikutnya.

(Artikel adalah berdasarkan info dipetik dari Laman Web Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) dan pengalaman penulis yang baru sahaja berjaya bergelar Juruukur Bahan Siswazah pada Disember 2013)

Selasa, 7 Januari 2014

JKR - Public Work Cost Information Centre