Pages - Menu

Pages - Menu

Pages

Khamis, 29 Ogos 2013

KURSUS KAEDAH MENCUCI, MEMBERSIH DAN MENYELIA BAGI KONTRAK MENCUCI BANGUNAN DAN MEMBERSIH KAWASAN


KURSUS KAEDAH MENCUCI, MEMBERSIH DAN MENYELIA BAGI KONTRAK MENCUCI BANGUNAN DAN MEMBERSIH KAWASAN

5 OKTOBER 2013

BILIK SEMINAR, POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG, PERAK

&

12 OKTOBER 2013

HOTEL, UiTM, SHAH ALAM, SELANGOR


HANYA RM350 SAHAJA

*MATA CCD CIDB DIBERIKAN

ANJURAN :

(SILA HUBUNGI : +6012 3875655/ wassup atau email pertanyaan kepada chee_lin@yahoo.com )

Estimate - Pengiraan kos Fabric Reinforcement

Muka surat 168 : Buku Anggaran Kos Kerja Bangunan (Edisi Ke 2)

Estimate: Pengiraan Kerja-kerja Awalan~ Bayaran Pendahuluan

Contoh Pengiraan Kos Premium Bayaran Pendahuluan dimana Kos Kontrak dianggarkan RM 10 Juta dan Wang Kos Prima sebanyak RM 500 Ribu.

Sumber: Muka Surat 97 - Buku Anggaran Kos Kerja Bangunan (Edisi Ke2)

Berita Projek: Syarat Mohon Rumah PRIMA 1 Malaysia


Syarat Mohon Rumah PRIMA 1 Malaysia 
Nota:
  • Tertakluk pada garis panduan tambahan mengikut negeri.
  • Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka. Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
  • Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan di mana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
  • Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut. 

Berita Projek: PR1MA lulus projek rumah mampu milik

Petaling Jaya: PR1MA Corp meluluskan pembinaan sebanyak 20,000 rumah di bawah 15 projek perumahan mampu milik di Greater Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM5 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata projek itu menepati garis panduan ditetapkan di bawah Akta PR1MA 2012 dan fasa pertama sudah diluluskan bagi pembinaan. 
Beliau berkata, 15 pembangunan baharu itu akan bermula di bawah Fasa Satu program perumahan PR1MA yang diadakan khusus untuk menyediakan perumahan mampu milik bermutu bagi kumpulan berpendapatan sederhana di kawasan bandar di negara ini. 


Walaupun kami mengenal pasti banyak projek di kebanyakan kawasan bandar, namun kami akan hanya memilih projek menepati garis panduan pembangunan untuk menjadi sebahagian daripada program PR1MA.

Akan umum harga

Saya yakin menjelang akhir tahun ini, kami akan terima lebih banyak lagi untuk menampung 80,000 rumah PR1MA seperti yang diumumkan dalam Bajet 2013, katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Harga dan pelan lantai akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang, kata Abdul Mutalib sambil menambah bahawa rumah itu akan dijual pada harga serendah RM150,000 hingga maksimum RM350,000. 
Kerja dalam tiga projek sudah bermula di Alam Damai, Pasir Gudang dan Seremban, katanya.

Projek Alam Damai ialah pembangunan pertama yang dilaksanakan di bawah rancangan PR1MA untuk membina 50,000 rumah di semua lokasi strategik di Lembah Klang, termasuk Cheras, Bukit Jalil, Sungai Besi, Brickfields, Jelatek, Glenmarie, Putra Heights, Cyberjaya dan Setapak.

Abdul Mutalib berkata beliau yakin sambutan terhadap projek-projek ini positif kerana lokasinya strategik. 

Saya ingin menggalakkan pembeli rumah yang layak dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM2,500 hingga RM7,500 mendaftar di laman sesawang kami, katanya. 

BERNAMA

Jumaat, 23 Ogos 2013

Estimate: Cara Pengiraan Formwork

Sumber: Buku Anggaran Kos Kerja Bangunan (Edisi ke 2) mukasurat 171