Kontraktor adalah dianggap telah memeriksa sepenuhnya dokumen-dokumen tender dan telah mempunyai kesempatan penuh untuk mengambil kira butir-butir di dalamnya dan menjalankan segala ulangkaji dan penyiasatan berkaitan dengannya.
Sebarang percanggahan didalam dokumen-dokumen tender hendaklah dirujuk secara bertulis dengan seberapa segera dan sebelum memajukan tender kepada P.P yang meminda atau menjelaskan pekara itu dengan cara mengadakan satu penambahan rasmi kepada spesifikasi, jiak perlu, satu salinan penambahan ini akan diberi kepada setiap petender dan akan menjadi sebahagian dari dokumen-dokumen tender. Penerimaan penambahan ini hendaklah di akui diatas borang yang dikeluarkan bersama – sama dengannya.
Kontraktor adalah juga dianggap telah melawat tapak bina sewaktu menyediakan tender untuk memastikan sendiri liputan kerja yang terlibat dan corak mengenai keadaan pekerjaan dan mengenal serta membiasakan diri sepenuhnya dengan sebarang keadaan ditapak bina.
Perhatian kepada kontraktor/ petender perlu diingatkan bahawa tiada pertimbangan akan diberi bagi bayaran tambahan lanjutan masa, hak untuk ganti rugi atau sebarang konsesi yang lain akibat daripada kesilapan tafsir atau kekurangan pengetahuan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan