Pages - Menu
▼
Pages - Menu
▼
Pages
▼
Rabu, 24 Julai 2013
Estimate : Pengiraan untuk kos premix
Harga membekal dan melabur premix biasanya dalam m2. Jadi macam mana nak tukar harga Tan kepada harga dalam m2.
Saya guna kaedah mudah sahaja.
Katakan harga premix (binder ACB) di kuari ialah RM150.00 per Mton
Manakala angkatap ketumpatan premix selepas di padat ialah 2.34kg/m3
Maka pengiraan untuk tebal ACB 60mm atau 0.06m, kiraan kos/m2 adalah seperti berikut:
- kos 1m2 = panjang x lebar x tebal x ketumpatan x Harga 1 MT = Kos / m2
- 1m x 1m x 0.06m x 2.34 x 150.00 = RM21.06 (Kos Bahan)
- Kos upah biasanya 1m2 = RM2.50
- Overhead dan profit 15% = 15% x (21.06 + 2.50) = RM3.53
- TOTAL KOS PREMIX ACB M2 = RM27.09 / M2
Bagi lapisan ACW 40mm kaedah yang sama digunakan
HARGA PREMIX UNTUK KAWASAN UTARA 140.00 HINGGA 160.00 PER TAN. Ia bergantung lokasi projek dengan kuari. Jika jauh kontraktor perlu bayar lebih untuk lori, jadi semasa memasuki tender anda perlu lihat lokasi projek dangan sumber bahan.
salam..
BalasPadamtq for the info
Berapa tan kah premix untuk 1 m2 acbc dengan tebal 60mm
BalasPadam