Pages - Menu

Pages - Menu

Pages

Rabu, 24 April 2013

Info Buku : Kawalan Bangunan (Pelaksanaan Kelulusan Pelan Bangunan Melalui Pusat Sehenti)

Kawalan Bangunan : Pelaksanaan Kelulusan Pelan Bangunan melalui Pusat Sehenti
• ISBN : 978-967-0468-15-0
• Penulis :Azlan Shah Ali, Rohayati Zakaria
• Jumlah mukasurat : 162ms
• Harga : RM25.00
• Tahun : 2013
SINOPSIS


Dalam usaha untuk memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan awam, kerajaan telah menubuhkan Pusat Sehenti di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Malaysia. Penubuhan Pusat Sehenti ini bagi menangani salah satu aduan yang paling biasa berkaitan dengan kelewatan kelulusan pembangunan, yang secara langsungnya menyumbang kepada kelewatan projek pembangunan di seluruh negara. Penubuhan Pusat Sehenti ini adalah untuk mengurangkan kelewatan dalam pemprosesan permohonan kelulusan pembangunan termasuk kelulusan pelan bangunan. Penulisan buku ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan keberkesanan Pusat Sehenti dari segi memendekkan tempoh masa kelulusan pelan bangunan dengan memberi tumpuan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan Pusat Sehenti dari aspek tempoh masa kelulusan pelan bangunan bagi projek perumahan. Disamping itu, buku ini juga memaparkan proses kelulusan pelan bangunan yang dilaksanakan oleh PBT di Malaysia.
Buku Kawalan Bangunan ini juga menekankan faktor-faktor signifikan yang mempengaruhi keberkesanan Pusat Sehenti iaitu kakitangan, dokumen permohonan, pelan pindaan dan pemohon/pemaju. Prestasi PBT dalam memproses permohonan pelan bangunan berkemungkinan dapat dipertingkatkan lagi dengan memberi penekanan yang lebih tinggi terhadap penambahbaikan kepada aspek tersebut. Kandungan buku ini adalah sesuai dijadikan bahan rujukan kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang memfokus kepada bidang senibina, ukur bangunan, kejuruteraan dan kursus yang berkaitan dengan bidang alam bina. Disamping itu, buku ini juga sesuai dijadikan panduan dan bahan bacaan umum kepada pengamal yang ada kaitan dengan bidang kerja kawalan bangunan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan