Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Selasa, 26 Mac 2013

Info Buku : Keselamatan Bangunan Dan Kawalan Kebakaran

Keselamatan Bangunan dan Kawalan Kebakaran
• Pengarang : Dato' Haji Badarudin Haji Mat Isa, dan Syahrul Nizam Kamaruzzaman.
• Jumlah mukasurat : 307ms
• Harga : RM50.00
• Tahun : 2012
SINOPSIS:

Keselamatan nyawa dan harta-benda, khusus yang berkait dengan bahaya kebakaran, adalah bermula daripada penyediaan pelan bangunan, dengan berpandukan kepada undang-undang bangunan yang digubal mengikut lunas-lunas sains kebakaran, tabiat manusia dalam kebakaran, termasuk keperluan-keperluan kejuruteraan supaya sistem-sistem yang dipasang tidak gagal bila diperlukan. Selepas bangunan itu memperolehi Sijil Menduduki Bangunan, kaedah-kaedah yang diluluskan tidak boleh diubah mengikut sesuka hati penghuni kerana perbuatan ini akan menyebabkan beberapa kelemahan. Sebagai contoh, mengubah jarak perjalanan dan dengan itu tidak lagi sesuai untuk satu-satu kategori penghuni atau kegunaan. Kajian kemerebakan api dan asap juga amatlah penting kerana kajian awal ini akan memudahkan pengawalan api dan asap daripada merebak ke bahagian-bahagian lain di dalam bangunan itu, jika terlibat di dalam kebakaran. Dengan itu timbullah kajian mengenai 'kemudahan untuk melepaskan diri di masa kebakaran' (means of escape), dinding dan lantai pemisah (wall and floor compartment) dan sebagainya.
Diharapkan agar buku ini dapat memberikan panduan kepada mereka yang berkecimpung di dalam penyediaan pelan-pelan bangunan baru dan pelan-pelan ubahsuai bangunan. Buku ini juga amat relevan untuk digunakan oleh lain-lain para profesional yang menguruskan bangunan, pengurus pengawal keselamatan dan pelajar-pelajar di dalam jurusan pembinaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan buku ini sila emailkan kepada chee_lin@yahoo.com


Info Buku : Undang-undang Bangunan Untuk Pembangunan Perumahan

Undang-undang Bangunan untuk Pembangunan Perumahan
• Penulis :Izudinshah Abd. Wahab, Lokman Hakim Ismail
• Jumlah mukasurat : 98ms
• Harga : RM18.00
• Tahun : 2013

SINOPSIS :

Buku ini ditulis dengan tujuan mendedahkan gambaran proses keseluruhan pembangunan perumahan serta undang-undang termaktub yang perlu dipatuhi untuk menjayakannya. Ianya mengambil pendekatan memberi pemahaman kepada pembaca akan undang-undang sedia ada yang berkaitan terlebih dahulu. Ini merangkumi beberapa akta-akta, undang-undang kecil dan garis panduan yang dihuraikan satu persatu. Ianya bermula dari peringkat awal ketika seseorang itu mendaftarkan diri sebagai pemaju sehinggalah siapnya pembangunan perumahannya untuk diserahkan kepada pembeli. Penerangan perihal undang-undang ini diterjemahkan terus kepada perkara-perkara teknikal di tapak yang turut disertakan contoh-contohnya untuk mudah difahami. Pembangunan perumahan yang disentuh di dalam buku ini tidak hanya terhad kepada pembangunan perumahan di atas tanah sahaja, bahkan turut meliputi pembangunan perumahan bertingkat yang lebih rumit keperluan pematuhan undang-undangnya. Selain itu, buku ini turut membincangkan proses kelulusan cadangan pembangunan yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu pembangunan itu dapat dimulakan kerja-kerja di tapaknya. Ini diikuti dengan proses menyiapkan pembinaan dan melayakkan bangunan-bangunan itu dibeli untuk  seterusnya diduduki oleh pembelinya yang merupakan kemuncak jayanya pembangunan perumahan tersebut.


Sebarang pertanyaan berkaitan buku ini sila emailkan kepada chee_lin@yahoo.com

Isnin, 25 Mac 2013

Imbasan: Projek Landasan Kereta Api Kerteh - Kuantan


Landasan kereta api Kerteh-Kemaman-Kuantan sepanjang 77 kilometer menghubungkan Kompleks petrokimia bersepadu di Kerteh, Terengganu dengan Gebeng, Pahang dan Pelabuhan Kuantan. Landasan tersebut mampu mengangkut kargo dalam jumlah yang banyak dan pukal, menjadikannya bentuk pengangkutan yang ekonomikal, selamat, boleh diharap dan konsisten untuk pergerakan bahan mentah dan produk petrokimia yang telah siap.

Laluan ini mencerminkan komitmen kedua-dua Kerajaan Negeri (Terengganu dan Pahang) untuk menyediakan  bentuk pengangkutan yang  boleh diharap dan selamat untuk merangsang Pantai Timur Semenanjung Malaysia menjadi hab petrokimia Asia-Pasifik yang utama.

Pada masa ini, terdapat dua perkhidmatan kereta api pergi dan balik beroperasi setiap hari dan boleh memindahkan 80 kontena pada satu-satu masa. Selain mengangkut produk petrokimia,  laluan kereta api ini juga dibuka kepada pengangkutan barangan angkut awam yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), pengendali utama kereta api di Semenanjung Malaysia. Laluan kereta api ini melintasi 5 daerah di Kemaman (Kerteh, Kemasik, Ulu Chukai, Binjai dan Banggul) di Terengganu dan Sungai Karang di Pahang.


Ciri-ciri laluan kereta api Kuantan–Kerteh:
  • Trek tunggal menghubungkan kompleks penapisan minyak Petronas dan bandar yang berdekatan Kerteh, Terengganu dengan kompleks petrokimia di Gebeng dan Pelabuhan Kuantan di Kuantan, Pahang
  • 3 tempat simpanan gerabak di Kerteh, Gebeng dan Kuantan
  • 2 lokomotif
  • 50 gerabak (BCFs) dengan kapasiti 60 ton metrik setiap satu
  • 2 unit van pengawal (BGVs)

Selasa, 5 Mac 2013

Info Buku: Pengurusan Fasiliti

 Author: Abdul Hakim Mohammed   
 Publisher: Penerbit UTM Press
Harga : RM 33.00

Pengurusan fasiliti merupakan satu bidang yang sedang pesat berkembang di Malaysia. Pembinaan projek mega di negara ini telah meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan pengurusan fasiliti. Walau bagaimanapun, pengurusan fasiliti bukanlah untuk bangunan atau fasiliti yang besar sahaja tetapi semua jenis bangunan atau fasiliti tanpa mengira saiz memerlukan perkhidmatan ini. Ini kerana bangunan atau fasiliti yang disediakan perlu diuruskan dengan cekap dan berkesan bagi memastikan objektif perniagaan teras sesuatu organisasi tercapai.

Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Bahagian I yang menerangkan tentang konsep pengurusan fasiliti secara umum dan Bahagian II pula menerangkan tentang aplikasi pengurusan fasiliti di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Buku ini sesuai untuk semua golongan pembaca yang ingin memahami tentang konsep pengurusan fasiliti. Walaupun IPT dijadikan contoh aplikasi, prinsip yang diterangkan dalam buku ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk aplikasi pada bangunan atau fasiliti yang lain.

Catatan: Sekiranya berminat untuk memiliki buku, sila emailkan pertanyaan kepada chee_lin@yahoo.com

Jumaat, 1 Mac 2013

Kursus Green Card (Kad Hijau)

Pihak Dynamic Excellent Consultancy bersedia menjalankan kursus kad hijau melalui permintaan peserta secara berkumpulan sekurang-kurangnya 25 orang (satu kumpulan). Sasara peserta disekitar Lembah Kelang dan Perak sahaja.

Perhatian:  Bayaran yuran kursus adalah termasuk bayaran pada CIDB, makan, minum, tempat & pengurusan. Yuran kursus mungkin berbeza antara daerah kerana kos tempat, makan & pengurusan.


Hubungi/sms  admin borak-qs (012-387 5655) atau email kepada chee_lin@yahoo.com untuk perbincangan harga.



Borang Muka Depan

Borang Muka Belakang


Hebahan Kursus : April 2013 (Microsoft Project) Untuk Warga Kedah Dan Perlis


"Dynamic Excellent Consultancy" sebuah syarikat yang sedang membangun akan menganjurkan kursus yang diperincikan seperti berikut:

Tajuk
Kursus Asas Penjadualan Dan Pemantauan Projek (Serta Penggunaan Aplikasi 'Microsoft Project'
Tarikh
15 & 16 April 2013
Venue
Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani, Kedah
Yuran
RM 650.00 (Tidak termasuk Penginapan)

Catatan Tambahan : Peserta dikehendaki membawa sendiri Laptop atau Komputer Riba

Tentatif Kursus :

15 April 2013 (Isnin)

08.00 am – 08.30 am Pendaftaran
08.30 am – 9.45 am   Pengenalan  Kepada Penjadualan & Pemantauan Projek 
09.45 am – 10.00 am  Rehat / Minum Pagi
10.00 am – 01.00 pm  Amali 1 
01.00 pm – 02.00 pm  Rehat / Makan Tengahari
02.00 pm – 03.45 pm  Amali 2. 
03.45 pm – 04.00 pm  Rehat / Minum Petang
04.00 pm - 05.00 pm   Amali 3
08.00 pm - 10.30 pm   Forum/ Free Talk

16 April 2013 (Selasa)
08.30 am – 9.45 am    Amali 4 
09.45 am – 10.00 am  Rehat / Minum Pagi
10.00 am – 01.00 pm  Amali 5 & Penutup
01.00 pm – 02.00 pm  Rehat / Makan Tengahari & Checkout

Siapa Yang Patut Hadir :

Individu yang berminat di dalam menambahkan pengetahuan terutama yang ingin menggunakan aplikasi "Microsoft Project' serta yang terlibat secara langsung di dalam bidang berkaitan:

Jika berminat untuk menyertainya (40 terawal) sahaja. sila hubungi 012 387 5655 (Azilan) atau email kepada chee_lin@yahoo.com untuk keterangan lanjut