Current Visitor

Jumaat, 22 Februari 2013

Info Buku : Sistem Pencegah Kebakaran

Sistem Pencegahan Kebakaran
PengarangYahaya Ramli
Sinopsis:

Buku ini membincangkan aspek kebakaran dan puncanya, pemasangan dan operasi beberapa sistem lazim serta tentang senggaraan sistem pencegahan kebakaran. Sistem pencegahan kebakaran yang dibincangkan ini adalah selaras dengan kehendak akta dan peraturan yang dipraktikkan di Malaysia, di samping merujuk kepada garis panduan yang diguna pakai oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia. Beberapa piawaian antarabangsa dan kaedah praktik juga disentuh dalam buku ini. Buku ini mengandungi lapan bab yang memfokuskan tentang perlindungan dan pencegahan kebakaran; sistem pencegahan kebakaran dalam bangunan termasuklah peranan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia; dan pemaparan maklumat tentang tiga kelengkapan pencegahan kebakaran, iaitu alat pemadam api mudah alih, pili bomba, dan kili hos; Selanjutnya, sistem penaik basah dan penaik kering, sistem pemercik automatik; sistem semburan gas karbon dioksida; dan sistem pengesanan dan penggera kebakaran; serta aspek pemeriksaan dan senggaraan semua sistem pencegahan kebakaran dalam bangunan yang lazim di Malaysia turut dibincang dan dipaparkan.

KANDUNGAN

Prakata
Penghargaan

BAB 1 KEBAKARAN: PERLINDUNGAN DAN PENCEGAHAN
Pengenalan
Mekanisme Kebakaran
Proses Pembakaran Lengkap
Proses Pembakaran Tak Lengkap
Klasifikasi Kebakaran
Strategi Mengawal Kebakaran
Keberkesanan Agen Pemadam Api
Latihan

BAB 2 SISTEM PENCEGAHAN KEBAKARAN DALAM BANGUNAN
Pengenalan
Kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia
Kaedah Perlindungan Kebakaran Pasif
Kaedah Perlindungan Kebakaran Aktif
Kawalan Kebakaran di dalam Bangunan
Punca Kebakaran Bangunan Berpenghuni
Latihan

BAB 3 PEMADAM API MUDAH ALIH, PILI BOMBA, DAN KILI HOS
Pengenalan
Alat Pemadam Api Mudah Alih
Jenis-jenis Alat Pemadam Api Mudah Alih
Alat Pemadam Api Mudah Alih Serbuk Kering ABC
Alat Pemadam Api Mudah Alih Air
Alat Pemadam Api Gas Karbon Dioksida
Alat Pemadam Api Mudah Alih Buih
Alat Pemadam Api Mudah Alih Bahan Kimia Basah
Kedudukan dan Senggaraan Alat Pemadam Api Mudah Alih
Sistem Pili Bomba
Pam Pili Bomba
Tangki Pili Bomba
Panel Pemula Pam dan Kawalan
Sistem Kili Hos
Pam dan Tangki Kili Hos
Kili Hos Suapan Graviti
Panel Kawalan Pam
Latihan

BAB 4 SISTEM PENAIK KERING DAN PENAIK BASAH
Pengenalan
Sistem Penaik Kering
Injap Salur Masuk
Injap Pendaratan Penaik Kering
Injap Pelepas Udara Automatik
Sistem Penaik Basah
Sistem Pam Penaik Basah
Tangki Penaik Basah
Paip Penaik Basah
Injap Pendaratan Penaik Basah
Salur Masuk Bomba
Latihan

BAB 5 SISTEM PEMERCIK AUTOMATIK
Pengenalan
Jenis Kepala Pemercik
Pemercik Pendan Semburan
Kepala Pemercik Konvensional
Kepala Pemercik Pemasangan Dinding
Kepala Pemercik Sedatar
Kepala Pemercik Timpa Besar
Kepala Pemercik Kawalan Berbilang Jet
Kepala Pemercik Tertanam
Sistem Banjir atau Pancur
Kriteria Suhu Takat Set
Kedudukan Kepala Pemercik
Jenis–jenis Kadar Bahaya
Bahaya Ringan
Bahaya Biasa
Bahaya Tinggi
Ruang atau Jarak Berlapis
Tangki Sistem Pemercik Automatik
Pam Sistem Pemercik Automatik
Operasi Gong Penggera
Sistem Rangkaian Paip Pemercik
Ujian Statik Paip Pemercik
Ujian Aliran Paip Pemercik
Injap Kawalan Pemercik
Salur Masuk Bomba (Injap Masuk Bekalan Air)
Latihan

BAB 6 SISTEM SEMBURAN GAS KARBON DIOKSIDA
Pengenalan
Ciri–ciri Gas Karbon Dioksida (CO2)
Pemasangan dan Operasi Sistem Gas CO2
Pemasangan dan Keperluan Sistem CO2
Silinder Karbon Dioksida (CO2)
Panel Kawalan Sistem Gas CO2
Sistem Perpaipan
Muncung Penyembur
Tanda Amaran
Pengesanan Automatik dan Loceng Penggera
Latihan

BAB 7 SISTEM PENGESANAN DAN PENGGERA KEBAKARAN
Pengenalan
Pengesanan Kebakaran
Pengesan Fotoelektrik
Pengesan Bahan Hasil Pembakaran
Pengesan Asap
Pengesan Asap Pengionan
Pengesan Asap Serakan Cahaya
Pengesan Asap Kekaburan Cahaya
Pengesan Alur Laser
Pemasangan Pengesan Asap
Pemasangan Pengesan Asap Alur Optik
Pengesan Haba
Pengesan Haba Jenis Gegelung Dwilogam
Pengesan Haba Jenis Boleh Lakur
Pemasangan Pengesan Haba
Pengesan Nyalaan
Pengesan Nyalaan Inframerah
Pengesan Nyalaan Ultraungu
Suis Penggera Manual
Pecah Kaca Manual
Loceng Penggera
Latihan

BAB 8 PEMERIKSAAN DAN SENGGARAAN SISTEM PENCEGAHAN KEBAKARAN
Pengenalan
Pemeriksaan, Ujian dan Senggaraan Alat Pemadam Api Mudah Alih
Pemeriksaan, Ujian dan Senggaraan Alat Pemadam Api CO2
Pemeriksaan, Ujian dan Senggaraan Pili Bomba
Pemeriksaan, Ujian dan Senggaraan Sistem Kili Hos
Pemeriksaan, Ujian dan Senggaraan Sistem Pemercik Automatik
Pemeriksaan, Ujian dan Senggaraan Sistem CO2
Pemeriksaan Sistem Pam Pili Bomba/ Kili Hos/ Penaik Basah/ Pemercik
Ujian Operasi ‘Auto’
Ujian Operasi ‘Manual’
Pemeriksaan dan Ujian Panel Pengesanan Kebakaran dan Panel Penggera
Latihan

Lampiran
Senarai Istilah
Rujukan
Indeks

0 ulasan: