Sum Global Consult akan menganjurkan kursus butiran seperti berikut:
Tajuk Kursus
|
Kursus Insentif 'Akta
Adjudikasi Bayaran Dalam Industri Pembinaan 2012 (CIPAA 2012) -
Pelaksanaan Dan Implikasi
|
Tarikh
|
21 Mac 2013 (Khamis)
|
Venue
|
Hotel De Palma, Shah Alam
|
Yuran
|
RM 450.00 (Tidak termasuk penginapan)
|
Sinopsis Kursus
Adjudikasi berkanun menerusi Akta Pembayaran &
Adjudikasi Industri Pembinaan (CIPAA)
2012 dijangka dapat menangani kegagalan pembayaran dalam industri pembinaan.
Industri pembinaan di Malaysia, seperti negara membangun yang lain, menghadapi
masalah memperoleh pembayaran dan menyebabkan banyak kontraktor mengalami
masalah aliran tunai dan melewatkan
pelaksanaan projek. Adjudikasi berkanun merupakan kaedah penyelesaian
pertikaian yang membolehkan pihak yang menunggu pembayaran hutang berdasarkan
kontrak pembinaan, memperoleh segera pembayaran daripada pihak yang tidak
membayar hutangberdasarkan satu penilaian merit tuntutan oleh pakar industri bebas
dan berkelayakan. Akta ini memberi alternatif lebih mudah dan cepat berbanding
kaedah timbang tara atau mahkamah bagi menyelesaikan masalah pembayaran antara subkontraktor
dengan kontraktor utama.Skop pemakaian CIPAA adalah meliputi semua jenis
kontrak bertulis yang berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan yang dijalankan
sepenuhnya atau sebahagiannya di dalam wilayah Malaysia termasuk kontrak
pembinaan yang dibuat oleh Kerajaan
Untuk keterangan lanjut: Boleh hubungi nombor telefon : 03- 8942 8479 atau email info@sumglobalconsultant.com
0 ulasan:
Catat Ulasan