Hakmilik Tanah biasa terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
a)
Milikan bebas (free hold)
b)
Pajakan (lease hold)
c)
Sementara
.
FREEHOLD atau pegangan
bebas merupakan
tanah di mana pemilikannya adalah untuk tempoh selama-lamanya
(kekal). Dalam ertikata mudah, pemilik tanah pegangan
bebas memiliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut
kembali semula kepada hak milik kerajaan selepas sesuatu tempoh tertentu
(kecuali melalui pegambilan balik tanah oleh kerajaan). Di dalam dokumen
hakmilik muktamad (‘final title’), pegangan bebas dikenali sebagai GERAN (sama ada Geran atau Geran Mukim) seperti
di dalam rajah di sebelah. Geran merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan
oleh Pejabat Pendaftar Negeri manakala Geran Mukim merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan
dan ditadbir oleh Pejabat Tanah dan Daerah
.
Sebagai contoh, jika dokumen hakmilik itu
dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Tanah Negeri maka ianya menggunakan No.
Hakmilik seperti GERAN
1234 manakala
jika ianya dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah maka No. Hakmilik adalah
seperti Geran Mukim 1234.
LEASE HOLD atau pegangan berstatus Pajakan pula merupakan jenis pegangan ke atas
hartanah untuk suatu
tempoh yang telah ditetapkan. Pada masa ini tempoh
pajakan yang biasa dilihat atau dikeluarkan oleh kerajaan negeri / Pejabat
Tanah adalah untuk 99-tahun. Di negeri seperti Sabah & Sarawak, kita
mungkin melihat tempoh pajakan yang lebih panjang manakala untuk hakmilik lama
dan tujuan selain kediaman anda mungkin akan lihat pajakan untuk tempoh seperti
30 atau 60 tahun. Persoalan utama di sini apa akan jadi selepas tempoh
pajakan tersebut tamat? Jawapannya, tanah tersebut akan kembali menjadi
hakmilik negeri. Walau bagaimanapun, ini jarang berlaku kerana
kebiasaannya pemilik tanah kediaman akan diberikan peluang untuk
memperbaharui/memanjangkan tempoh pajakan tersebut dengan membayar sejumlah
premium mengikut kadaran nilai tanah semasa. Sekiranya anda merupakan
pemilik tanah jenis pajakan, anda tidak perlu menunggu sehingga pajakan
tersebut tamat tempoh untuk memohon tetapi boleh mula memohon apabila tempoh
pajakan tersebut semakin pendek (sekitar kurang 30-50 tahun) kepada Pejabat
Tanah. Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah premium yang perlu dibayar
untuk permohonan tersebut dan perlu membuat pembayaran sebelum ianya
diluluskan. Untuk negeri Selangor, adalah dimaklumkan pada tahun 2011
bahawa pemilik yang terus tinggal di hartanah berkenaan hanya perlu membayar
RM1,000 sahaja berbanding jumlah premium mengikut nilai pasaran tersebut
sehingga beliau menjual hartanah berkenaan. Jumlah ini adalah tersangat
kecil dan merupakan suatu tindakan yang baik dari kerajaan negeri tersebut.
Sebagaimana dokumen hakmilik kekal, pegangan pajakan juga mempunyai
pengenalan tersendiri dalam membezakannya di dalam dokumen hakmilik. No.
Hakmilik muktamad bagi
pegangan pajakan akan menggunakan PAJAKAN
1234 atau PAJAKAN
MUKIM 1234 –
merujuk cara yang sama seperti Geran.
Secara amnya kebanyakan tanah-tanah untuk
projek perumahan pada masa ini adalah berstatus ‘Pajakan’ kerana ianya
merupakan tanah yang ‘diberimilik’ oleh kerajaan kepada pemaju untuk
dibangunkan. Hanya projek-projek perumahan terdahulu yang mana tanah
sudah dimiliki oleh individu sahaja biasanya yang memiliki status pegangan
bebas (kekal). Penerangan lanjut diperlukan untuk perkara ini nanti!..
Dari segi nilaian hartanah pula,
sebagaimana sedia maklum, tanah dengan ciri2 yang sama akan mempunyai nilai
yang lebih tinggi untuk pegangan bebas berbanding pajakan. Selain
disebabkan tempoh pegangan tersebut, ianya adalah berkaitan dengan permintaan
dan juga tempoh pindahmilik yang lebih panjang untuk pegangan pajakan yang
memerlukan kebenaran/kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri untuk pindahmilik
tersebut yang kadangkala memakan masa sehingga 1 tahun.
Apakah pula HAKMILIK
SEMENTARA?
Dokumen hakmilik MUKTAMAD akan menggunakan
no. pengenalan seperti Geran, Geran Mukim, Pajakan, Pajakan Mukim dan
sebagainya. Bagaimana pula bagi hakmilik yang belum muktamad? Untuk
hakmilik yang belum muktamad, no. pengenalan hakmilik yang digunakan yang
mungkin anda pernah lihat adalah seperti H.S.(D)1234 atau H.S.(M)1234.
Huruf pengenalan H.S. di
sini sebenarnya merujuk kepada ‘Hakmilik Sementara‘
manakala (D) dan (M) masing-masing merujuk kepada Pejabat Pendaftar atau
Pejabat Tanah Daerah berkenaan iaitu D (Daftar) – Pejabat Pendaftar Negeri
manakala M (Mukim) – Pejabat Tanah Daerah. Terdapat sebahagian mereka
yang keliru dengan anggapan bahawa Hakmilik Sementara merupakan pegangan ‘sementara’
yang mereka fikir pegangan pajakan sedangkan ianya suatu perkara yang berbeza.
Semoga penerangan ini dapat memberikan pencerahan kepada masalah
tersebut.
Oleh itu, Hakmilik Sementara ini juga
mempunyai jenis pegangan yang berbeza iaitu sama ada ianyapegangan
bebas ataupun pegangan pajakan yang mana boleh dirujuk di dalam dokumen
hakmilik tersebut.
Walaupun Hakmilik sementara ini bukanlah dokumen hakmilik
muktamad ianya tetap sah digunapakai sebagaimana butiran yang tercatit di
dalamnya sehinggalah hakmilik muktamad dikeluarkan. Hakmilik muktamad
merupakan hakmilik berdasarkan ukuran akhir/sebenar Pejabat Tanah dan terdapat
kemungkinan saiz muktamad tanah anda sedikit berbeza dari saiz di dalam
hakmilik sementara.
(Kredit: Kepada Blog Tips Hartanah)
0 ulasan:
Catat Ulasan