Pembangunan Tanah & Halangannya Pengarang: Md. Said @ Mohd. Zaid Abdullah, Ismail Omar Penerbit UTM |
SINOPSIS
Pembangunan tanah merupakan penggerak utama pembangunan negara. Namun, pembangunan tanah melibatkan proses yang rumit. Antara puncanya adalah terdapat pelbagai halangan yang boleh menyebabkan pembangunan tanah tidak dapat dijalankan. Secara umum, halangan pembangunan tanah boleh dikategorikan mengikut faktor sosial, ekonomi, dan perundangan. Halangan pembangunan boleh juga dikategorikan secara faktor luaran dan dalaman. Kajian literatur menunjukkan secara amnya halangan pembangunan tanah boleh dibahagikan kepada halangan luaran dan halangan dalaman. Kajian literatur tentang faktor dalaman menumpu pada sikap pemilik dan pihak yang berkepentingan. Faktor luaran pula termasuklah undang-undang pembangunan tanah yang berkaitan. Selain faktor luaran dan dalaman, kehendak dan keperluan penduduk dalam memajukan tanah mereka perlu diberi perhatian. Kajian empirik yang dijalankan di Pulau Duyong, Kuala Terengganu menunjukkan matlamat kerajaan untuk melihat pembangunan tanah yang diberi milik tidak kesampaian kerana halangan luaran dan sikap pemilik serta penduduk setempat yang dipengaruhi oleh persepsi, motif, dan strategi mereka. Penduduk juga ingin mengekalkan persekitaran sedia ada sebagai keperluan penduduk setempat.
Buku ini sesuai sebagai rujukan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi terutamanya dalam bidang alam bina, pembinaan, bangunan, seni bina, ukur tanah, ukur bahan, penilaian harta, pentadbiran dan pembangunan tanah, perancangan bandar, dan perumahan serta pembaca umum yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang pembangunan tanah.
KANDUNGAN
Prakata
Senarai Singkatan
BAB 1 PENGENALAN PEMBANGUNAN TANAH
Pengenalan
Konsep Pembangunan Tanah
Kajian Terhadap Halangan Pembangunan Tanah
BAB 2 PEMBANGUNAN TANAH
Pengenalan
Dasar Pembangunan Nasional
Faktor Pertumbuhan Ekonomi dan Pembangunan Negara
Tanah sebagai Faktor Pengeluaran
BAB 3 PROSES PEMBANGUNAN TANAH
Pengenalan
Proses Pembangunan Tanah
Jenis Pembangunan Tanah
Pihak yang Terlibat dalam Pembangunan Tanah
Hubungan antara Pemain/Ejen
BAB 4 HALANGAN PEMBANGUNAN TANAH
Pengenalan
Isu Pembangunan Tanah
Kategori Halangan
Sikap Manusia dalam Pembangunan Tanah
BAB 5 KAJIAN KES PULAU DUYONG, KUALA TERENGGANU
Pengenalan
Bentuk Rupa Bumi
Kemudahan Asas
Pemajuan Tanah
Aktiviti Ekonomi dan Pekerjaan Penduduk
Konsep Pembangunan Negeri Terengganu
Galakan Kerajaan dalam Pembangunan Tanah
Faktor Halangan
Dapatan Kajian dan Kesimpulan
Rujukan
Indeks
Senarai Singkatan
BAB 1 PENGENALAN PEMBANGUNAN TANAH
Pengenalan
Konsep Pembangunan Tanah
Kajian Terhadap Halangan Pembangunan Tanah
BAB 2 PEMBANGUNAN TANAH
Pengenalan
Dasar Pembangunan Nasional
Faktor Pertumbuhan Ekonomi dan Pembangunan Negara
Tanah sebagai Faktor Pengeluaran
BAB 3 PROSES PEMBANGUNAN TANAH
Pengenalan
Proses Pembangunan Tanah
Jenis Pembangunan Tanah
Pihak yang Terlibat dalam Pembangunan Tanah
Hubungan antara Pemain/Ejen
BAB 4 HALANGAN PEMBANGUNAN TANAH
Pengenalan
Isu Pembangunan Tanah
Kategori Halangan
Sikap Manusia dalam Pembangunan Tanah
BAB 5 KAJIAN KES PULAU DUYONG, KUALA TERENGGANU
Pengenalan
Bentuk Rupa Bumi
Kemudahan Asas
Pemajuan Tanah
Aktiviti Ekonomi dan Pekerjaan Penduduk
Konsep Pembangunan Negeri Terengganu
Galakan Kerajaan dalam Pembangunan Tanah
Faktor Halangan
Dapatan Kajian dan Kesimpulan
Rujukan
Indeks
0 ulasan:
Catat Ulasan