Lebuhraya
Butterworth-Kulim atau BKE adalah lebuh
raya yang dibina
untuk menghubungkan antara Butterworth dan Kulim, Kedah
Pembinaannya telah bermula pada Disember 1994 dan
tamat pada September 1996.
Konsortium Lebuhraya
Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn Bhd, anak syarikat PLUS Expressway Berhad ("PLUS Expressways") telah
diberikan konsesi serta kontrak membina dan mengendalikan lebih raya kembar
empat lorong dengan lorong motosikal serta kemudahan berkaitan bagi lebuh raya
sepanjang 16.78 km.
Tempoh konsesi adalah selama 32
tahun (Jun 1994 hingga Jun 2026, termasuk 2 tahun tempoh pembinaan), di mana
selepas itu lebuh raya berkenaan akan diserahkan kepada kerajaan persekutuan.
Ciri-ciri pembinaan Lebuharaya ini
adalah seperti berikut:
- Had laju sederhana 90 km/j
- Lebuh raya kembar 4 lorong
- Telefon kecemasan
- Lorong kecemasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan