Pages - Menu

Pages - Menu

Pages

Khamis, 16 Ogos 2012

Penamatan Kerja Kontraktor Dalam Perolehan Sebutharga

Pegawai Penguasa (SO) adalah berhak untuk menamatkan kerja kontraktor dalam perolehan sebutharga sekiranya keadaan-keadaan berikut berlaku dan surat amaran telah dikeluarkan:


  • Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan
  • Kemajuan kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah
  • Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah
  • Tidak mematuhi arahan Pegawai Penguasa tanpa apa-apa alasan yang munasabah
  • Apabila kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah

Rabu, 15 Ogos 2012

Selamat Menyambut Aidilfitri 1433H


Syawal bakal akan tiba pada 19 hb Ogos 2012 atau pada hari Ahad ni. Pada kesempatan, Admin Borak-qs ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri dan Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pengunjung blog ini yang tidak jemu-jemu memberi sokongan. Terima Kasih semua

Admin Borak-qs akan bercuti bermula dari 16 Ogos 2012 sehingga 26 Ogos 2012. Kepada semua pengunjung blog ini yang akan balik ke kampung, diingatkan semoga berhati-hati memandu untuk selamat sampai ke destinasi yang dituju baik ke Utara, Selatan atau ke Pantai Timur. 

Mulakan perjalanan dengan doa, semoga Allah akan sentiasa melindungi kita semua.


~ Admin Borak-qs 


Selasa, 14 Ogos 2012

Berita Projek : DRB-Hicom bangunkan semula Proton City dengan kos RM1 bilion



Projek pembangunan bersepadu bandar automotif Proton City di Tanjung Malim, Perak yang tertangguh sejak 15 tahun lalu kini akan dilaksanakan semula oleh DRB-Hicom dengan peruntukan kos kira-kira RM1 bilion, menurut laporan dari Berita Harian baru-baru ini. 

Pembangunan semula kawasan itu dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang, di atas tanah seluas 1,619 hektar milik DRB-Hicom.

Antara yang menarik dalam perkembangan terbaru itu ialah kenyataan dari DRB-Hicom yang mengatakan sekurang-kurangnya dua lagi jenama kereta dijangka akan dikeluarkan dari situ, berkemungkinan besar salah satunya merujuk kepada rakan kongsinya Volkswagen AG. Di bawah berikut ialah petikan dari Berita Harian berkenaan pembangunan semula Proton City oleh DRB-Hicom;


Rabu, 8 Ogos 2012

Hebahan ~ Penggunaan Kod Bidang Baharu Untuk Pembekal Kementerian Kewangan (KK)

NOTIS PEMBERITAHUAN BARU

DIMAKLUMKAN BAHAWA KEMENTERIAN KEWANGAN AKAN MENGUATKUASAKAN PENGGUNAAN KOD-KOD BIDANG BARU MULAI 17 JUN 2012. PENGUATKUASAAN INI DIKENAKAN KE ATAS SEMUA AGENSI KERAJAAN, SYARIKAT DAN FIRMA PERUNDING. SENARAI KOD-KOD BIDANG BARU BAGI SYARIKAT ADALAH SEPERTI DI LAMPIRAN 1. SENARAI KOD-KOD BIDANG BARU BAGI FIRMA PERUNDING ADALAH SEPERTI DI LAMPIRAN 2.

KOD BIDANG PEMBEKAL YANG TELAH BERDAFTAR DAN MASIH BERKUATKUASA AKAN DITUKARKAN KEPADA KOD BIDANG BARU SECARA AUTOMATIK PADA 17 JUN 2012.

DENGAN PENGUATKUASAAN KOD BIDANG BARU INI SEMUA SEBUT HARGA/TENDER/EBIDDING YANG MASIH DALAM TEMPOH IKLAN PADA 17 JUN 2012 AKAN DITUKARKAN KEPADA KOD BIDANG BARU SECARA AUTOMATIK. SEHUBUNGAN ITU, PENYERTAAN PEMBEKAL AKAN TERIKAT KEPADA KOD BIDANG BARU.


LAMPIRAN 1 ~ KLIK SINI

LAMPIRAN 2 ~ KLIK SINI

UNTUK MAKLUMAN LANJUT- SILA LAYARI PAUTAN BERIKUT KLIK SINI

TUJUAN AKTA BAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN (CIPAA).


Tujuan CIPAA

1.    Memudahkan pembayaran yang tetap dan tepat pada masanya
2. Mengadakan peruntukan bagi suatu mekanisme untuk penyelesaian pertikaian yang cepat melaluiadjudikasi
3.    Mengadakan peruntukan bagi remedi untuk mendapatkan bayaran dalam industri pembinaan

Manakala Skop Pemakaian CIPAA

Skop pemakaian CIPAA adalah meliputi semua jenis kontrak bertulis yang berkaiatan dengan kerja-kerja pembinaan yang dijalankan sepenuhnya atau sebahagiannya di dalam wilayah Malaysia termasuk kontrak pembinaan yang dibuat oleh Kerajaan

Kerja persendirian tak termasuk

Status akta ini, masih di parlimen. Mengikut CIDB, Bacaan ketiga CIPAA dijangka akan dibacakan di Dewan Negara pada bulan Mei 2012.

Kita tunggu apakah akta ini akan menjadi kenyataan atau tidak , bagi membantu bayaran lewat dalam industri binaan malaysia.

Khamis, 2 Ogos 2012

Berita Projek : Pembukaan Legoland di Iskandar, Malaysia

SEORANG pekerja menyiapkan miniatur stesen kereta api Kuala Lumpur yang diperbuat daripada Lego di Legoland Malaysia

KUALA LUMPUR 29 Julai - Legoland Malaysia, taman tema baru yang terletak di Iskandar Malaysia, Johor Bahru bakal dibuka kepada orang ramai pada 15 September ini.

Ketua Pegawai pembangunan Theme Attractions and Resorts Sdn. Bhd., Muhammad Zainal Ashikin berkata, taman tema itu telah 98 peratus siap dengan sebahagian besar infrastruktur dan permainan sudah pun dipasang.

"Kami kini di dalam proses untuk meletakkan sentuhan terakhir dengan pengujian permainan, pemasangan 15,000 model-model Lego menggunakan 50 juta kepingan Lego dan proses terakhir pengindahan taman mengikut tema," katanya kepadaUtusan Malaysia di sini.

Legoland Malaysia adalah taman tema pertama seumpamanya di rantau ini, diuruskan oleh Theme Attractions and Resorts, sayap operasi dan pengurusan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) bagi Bahagian Rekreasi dan Pelancongan.

Taman tema Legoland itu adalah keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland dan Legoland Florida.

Legoland Malaysia itu turut dibangunkan bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta di kawasan seluas 31 hektar di Medini North, pusat gaya hidup Iskandar Malaysia.

Muhammad Zainal berkata, pihaknya menyasarkan sejumlah sejuta pelancong pada tahun pertama operasi Legoland Malaysia.

Menurut beliau, setakat ini hampir 63,000 pas tahunan dan pas harian telah dijual kepada orang ramai sejak ia dilancarkan lewat tahun 2011.

Mengulas mengenai perkembangan projek-projek lain di sekitar Legoland, Muhammad Zainal menambah, pihaknya juga merancang pelbagai pembangunan lain seperti taman tema air dan Hotel Legoland pada 2014.


Artikel diatas di petik dari Utusan Malaysia : 31 Julai 2012

Berita Projek : Harga Simen Naik 1 Ogos 2012




Menurut berita harian, edisi  01 Ogos 2012


"Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM), bimbang dengan kemungkinan kenaikan harga simen dan meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menyiasat perkara ini secepat mungkin. 


Dalam satu kenyataan, MBAM berkata ia telah diberitahu oleh seorang anggota bahawa sebuah syarikat pengilang simen utama akan meningkatkan harga simen di Lembah Klang mulai 1 Ogos 2012. 


Harga tersenarai simen akan meningkat RM1 kepada RM17.75 satu beg, daripada RM16.75 sekarang ini, sementara harga simen pukal yang disenaraikan adalah RM340 satu tan metrik daripada RM320 satu tan metrik sebelum ini, katanya"

Rabu, 1 Ogos 2012

Jawatankuasa Penilaian Laporan Tender

Jawatankuasa Penilaian Tender adalah jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk membuat penilaian tender yang telah ditutup pada hari yang telah ditetapkan.

Pelantikan jawatakuasa tersebut hendaklah dibuat secara bertulis oleh Ketua Jabatan atau Ketua Agensi tersebut.

Jawatankuasa Penilaian Tender untuk tender kerja (konvensional), kerja (design and build), bekalan dan perkhidmatan terdapat perbezaan. Dimana untuk tender kerja (design and build), bekalan dan perkhidmatan mempunyai dua (2) jawatakuasa yang terdiri daripada jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa penilaian harga. Manakala untuk tender kerja (konvensional) hanya mempunyai 1 jawatankuasa sahaja yang dikenali sebagai jawatankuasa penilaian tender kerja.

Jawatankuasa Teknikal untuk tender kerja (design and build), bekalan dan perkhidmatan mempunyai tanggungjawab seperti berikut:
  • Dianggotai oleh sekurang-kurangnya 3 orang dimana sekurang-kurangnya 1 orang daripada Kumpulan Profesional
  • Membuat penilaian terhadap speksifikasi bekalan, perkhidmatan atau rekabentuk yang ditawarkan oleh para petender secara terperinci untuk memastikan adakah ia mematuhi (comply) kehendak yang ditetapkan
Jawatankuasa Penilaian Harga untuk tender kerja (design and build), bekalan dan perkhidmatan pula mempunyai tanggungjawab seperti berikut:

  • Dianggotai oleh sekurang-kurangnya 3 orang dimana sekurang-kurangnya 1 orang daripada Kumpulan Profesional
  • Penilaian harga sesuatu tender adalah dinilai dengan mengambil kira faktor-faktor seperti syarat pembayaran, kadar pembayaran, tempoh, diskaun, harga pasaran terbuka, keupayaan petender dan sebagainya. Perbandingan antara satu tawaran petender dengan tawaran petender yang lain hendaklah dibuat berasaskan kepada faktor atau unsur yang sama (equal footing)
  • Penilaian bagi pembelian harta modal seperti kenderaan, jentera berat, sistem maklumat dan lain-lain hendaklah berdasarkan kepada prinsip tawaran hara menyeluruh (total cost bid), yang bermaksud mengambil kira harga barangan, jaminanm penyenggaraan dan lain-lain
Jawatankua Penilaian Tender Kerja untuk Tender kerja secara konvensional pula adalah berperanan seperti berikut:
  • Dianggotai oleh sekurang-kurangnya 3 orang dimana sekurang-kurangnya 1 orang daripada Kumpulan Profesional
  • Memastikan petender memenuhi kesemua syarat yang dinyatakan dalam dokumen tender
  • Menilai kemampuan teknikal petender seperti kakitangan profesional dan teknikal, pengalaman kerja, rekod pretasi, projek yang dilaksanakan dan pemilikan loji
  • Menilai kemampuan kewangan petender dari segi modal pusingan, net worth, kemudahan kredit, nilai baki kerja dalam tangan yang belum siap
  • Menialai harga tender berdasarkan tempoh siap yang ditawarkan berdasarkan tawaran yang paling menguntungkan kepada kerajaan

Artikel diatas dipetik dari dari Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 yang bertajuk Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender