Pegawai Penguasa (SO) adalah berhak untuk menamatkan kerja kontraktor dalam perolehan sebutharga sekiranya keadaan-keadaan berikut berlaku dan surat amaran telah dikeluarkan:
- Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan
- Kemajuan kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah
- Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah
- Tidak mematuhi arahan Pegawai Penguasa tanpa apa-apa alasan yang munasabah
- Apabila kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah