Perubahan Kerja atau Variation Order (VO) biasa berlaku dalam perlaksanaan sesuatu projek pembinaan. Perubahan Kerja atau VO bermaksud, berlaku sebarang perubahan, pertukaran, pertambahan atau pengurangan keatas skop kerja asal yang terdapat projek tersebut.
Kesan dari berlaku Perubahan Kerja (VO) akan menyebabkan perkara-perkara berikut berlaku:
- Akan berlaku pertambahan atau pengurangan kos asal kontrak
- Tempoh masa penyiapan kerja akan bertambah daripada tempoh siap asal
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Perubahan Kerja (VO) yang diantaranya disenaraikan seperti berikut:
- Arahan daripada Pegawai Penguasa (SO) atau Pengarah Projek (PD)
- Permintaan dari Pelanggan atau End User
- Bagi menyesuaikan skop kerja asal dengan keadaan ditapak
- Berlaku perubahan lokasi kerja
- Terdapat halangan di kawasan pembinaan seperti pokok besar, rumah ibadah dan lain-lain
- Bagi memenuhi dan mengikut keperluan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti TNB, Telekom , SYABAS, IWK dan lain-lain
Admin Borak-qs. SEMOGA PERKONGSIAN MAKLUMAT DAPAT DIMANFAAT BERSAMA
BalasPadam