Pages - Menu

Pages - Menu

Pages

Selasa, 24 Januari 2012

Polisi-polisi Insuran Dalam Industri Pembinaan

Terdapat beberapa polisi insuran yang selalu digunapakai di dalam pelaksanaan projek-projek pembinaan. Ini adalah berdasarkan keperluan yang terdapat di dalam syarat-syarat kontrak

Insuran Tanggungan Awam / Public Liability

Insuran Tanggungan Awam perlu diambil oleh pihak kontraktor bagi melindungi liabiliti kontraktor terhadap kecederaan dan kematian orang awam serta kerosakan harta semasa perlaksanaan kerja akibat kecuaian kontraktor dan sub-kontraktor.

Workmen Compensation

Kontraktor bertanggungjawab untuk mengambil insuran terhadap tuntutan bayaran pampasan oleh pekerja kerana kecederaan diri, kematian atau penyakit yang didapati semasa bekerja. Pekerja-pekerja yang dilindungi di bawah insuran ialah untuk pekerja yang berpendapatan melebihi RM 2,000.00 sebulan.

Insuran Kerja

Kontraktor dikehendaki mengambil insuran ini untuk melindungi tuntutan terhadap kerugian dan kerosakan ke atas kerja yang disebabkan oleh kebakaran, petir, letupan dan sebagainya ketika projek berjalan

Contractor All Risk (CAR)

Kontraktor boleh mengambil insuran ini bagi mengganti insuran pampasan awam dan insuran kerja

    2 ulasan:

    1. Apakah tatacara untuk membuat rampasan WJP?
      Adakah ianya sama dengan rampasan Bon. Pohon pecerahan.

      BalasPadam
    2. SAYA SYORKAN TUAN DAPATKAN BUKU BON PELAKSANAAN DALAM INDUSTRI BINAAN. WASSAP SAYA 012 387 5655

      BalasPadam