Gambaran: Kontraktor Utama Menyediakan 'Material' Konkrit di tapak dan kerja membancuh konkrit dilaksanakan sub kontraktor mengikut trade yang dilantik |
Dalam pelaksanaan kerja di tapak, pihak kontraktor boleh menggunakan beberapa kaedah bagi menyiapkan kerja-kerja tersebut, yang diantaranya seperti berikut:
- Mendapatkan harga daripada pihak sub kontraktor yang akan melaksanakan kerja secara keseluruhan yang merangkumi kos buruh, loji dan bahan. Ia juga dikenali sebagai 'total sub', dimana kontraktor utama tidak perlu memikirkan tentang bagaimana nak mencari sumber buruh, loji dan bahan-bahan di luar bagi melaksanakan kerja ditapak.
- Menyediakan bahan, loji dan mencari buruh atau man power diluar mengikut trade bagi melaksanakan kerja-kerja ditapak. Sebagai contohnya untuk pelaksanaan kerja-kerja memasang besi tetulang, kontraktor utama akan membeli dan menyediakan bahan 'besi tetulang' di tapak, dan seterusnya, kerja-kerja pemasangan tersebut akan dijalankan oleh sub kontraktor mengikut trade yang dilantik
Contoh-contoh kadar harga untuk sub kontraktor mengikut elemen atau trade ada dilampirkan seperti berikut. Walaubagaimanapun ia hanyalah sebagai panduan kepada para kontraktor yang bercadang menggunakan kaedah menyediakan bahan-bahan ditapak dan kerja-kerja ditapak dilakukakan oleh sub kontraktor yang dilantik.
Jenis Buruh | Unit | Kadar Harga (RM) |
Kerja konkrit sub struktur · Hois – Bancuhan di tapak · Hois – Siap bancuh · Kren – Bancuhan ditapak · Kren- Siap Bancuh · Pam – Bancuhan ditapak · Pam – Siap Bancuh | m3 m3 m3 m3 m3 m3 | 26.00 23.00 27.00 22.00 27.00 25.00 |
Kerja konkrit super struktur · Hois – Bancuhan di tapak · Hois – Siap bancuh · Kren – Bancuhan ditapak · Kren- Siap Bancuh · Pam – Bancuhan ditapak · Pam – Siap Bancuh | m3 m3 m3 m3 m3 m3 | 30.00 27.00 31.00 22.00 27.00 26.00 |
Kerja Bata | m2 | 8.50 |
· Kerja Kayu – Kerangka biasa · Kerja Kayu – Struktur Kayu | tone tone | 13.00 445.00 |
Genting bumbung konkrit | m2 | 6.80 |
Kerja besi tetulang · 6mm -12mm garis pusat · 15mm – 32mm garis pusat | tone tone | 365.00 365.00 |
Kerja plaster simen render | m2 | 6.30 |
Kerja Plaster · Dinding Dalam · Dinding Luar | m2 m2 | 8.90 8.20 |
Kerja memasang jubin | m2 | 21.00 |
Kerja Mengecat · Dinding Dalam · Dinding Luar | m2 m2 | 2.50 2.40 |
Salam tuan. Ada tak kadar harga subcon untuk upah kerja
BalasPadamMaksud saya kadar harga upah kerja untuk tahun 2020
BalasPadamIpoh...boleh col atau Pm sy untuk ubahsuai rumah 01112436836
BalasPadamKluang... Boleh call utk kerja2 ubah suai Dan Binaan baru.
BalasPadam