Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Isnin, 26 Disember 2011

Info - Projek Landasan Keretapi Berkembar : Gemas - Seremban

Gambaran - Train ETS yang akan digunakan apabila landasan berkembar Seremban- Gemas siap


  • Objektif utama projek pembinaan landasan berkembar Gemas- Seremban adalah untuk menaiktaraf sistem pengangkutan rel bagi menampung mod pengangkutan yang lebih selamat dan effisen
  • Projek bermula Januari 2008 dan dijangka siap Ogos 2012
  • Kos pembinaan dianggarkan RM 3.45 Billion
  • Panjang landasan dari Seremban ke Gemas dianggarkan sepanjang 98.20 km
  • Kontraktor projek ialah syarikat IRCON International Ltd, anak syarikat India Railway
  • Antara stesen keretapi yang dibina dalam projek ini ialah Senawang, Sungai Gadut, Rembau, Tampin, Batang Melaka dan Gemas
  • Pembinaan stesen keretapi dalam projek landasan berkembar ini juga turut merangkumi infraskruktur asas lain di setiap stesen bagi kemudahan awam seperti lif,tandas, medan kereta, telefon awam, sistem pungutan tambang automatik, sistem hebahan maklumat, surau dan sistem kawalan keselamatan CCTV.Selain itu kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) turut di ambil kira bagi memastikan tahap kepuasan rakyat dikecapi semua.
  • Apabila siap kelak, landasan berkembar ini akan memuatkan perkhidamatan tren berkuasa laju yang mampu membawa 350 penumpang dalam satu masa dengan kelajuan 140km sejam

Ahad, 25 Disember 2011

Info- Kelayakan Masuk Program Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (QS) Universiti Malaya (UM)

Program Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di Universiti Malaya (UM) hanya mengambil masa selama 4 tahun.

Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:

STPM Candidates:
Credit in at least five (5) subjects including mathematics at SPM level/equivalent and;
Pass with at least Grade C (NGMP 2.0) in Additional Mathematics and any one subject at STPM level/ equivalent.

Matricluation / Science Foundation Centre Level:
Credit in at least 5 subjects including Mathematics at SPM level/ equivalent and ;
Pass with at least Grade C (3.00) in Mathematics and any one subject at matriculation level.

Other Equivalent Qualifications Level:
Diploma from Polytechnic (Ministry of Higher Education Malaysia) or Diploma from IPTA in relevant field with CGPA (3.00) and above.  


Untuk keterangan lanjut: boleh layari pautan berikut 
KLIK SINI

Info - Kelayakan Masuk Program Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (QS) di UiTM

Sarjana Muda Ukur Bahan dengan Kepujian
AP224 / EH06
6 Semester

Syarat Am Kemasukan
       
  • Lulus SPM / setaraf dengan baik.
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
  • Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
  • Lulus Diploma dari IPT Lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • Malaysian University English Test (MUET) Band 1

Lepasan Diploma Uitm
2.70
Diploma Ukur Bahan
2.00
Diploma Ukur Bahan dengan satu (1) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
2.75
Diploma lain yang berkaitan     DAN       
 Lulus SPM / Setaraf dengan kepujian dalam Matematik / Matematik Tambahan dan Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Sains serta lulus Bahasa Inggeris
Lepasan Diploma Institusi Pengajian Tinggi Lain Yang Diiktiraf Oleh Kerajaan Malaysia
3.0
Diploma Ukur Bahan atau Diploma bidang berkaitan      
DAN
Lulus SPM / Setaraf dengan lima (5) kepujian dalam mata pelajaran Matematik / Matematik Tambahan dan Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Sains serta lulus Bahasa Inggeris
2.0
Diploma Ukur Bahan dengan dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan      
DAN

Lulus SPM / Setaraf dengan lima (5) kepujian dalam mata pelajaran Matematik / Matematik Tambahan dan Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Sains serta lulus Bahasa Inggeris
Lepasan Asasi UiTM / PASUM / Matrikulasi
2.70
Gred B- (2.67) dalam dua (2) mata pelajaran dan gred C (2.00 ) dalam satu (1) mata pelajaran dari mata pelajaran berikut:      
  • Mathematics / Engineering Mathematics
  • Physics / Engineering Physics
  • Chemistry / Engineering Chemistry
  • Biology
  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Ekonomi
 DAN       Lulus SPM / Setaraf dengan kepujian dalam Matematik / Matematik Tambahan dan Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Sains serta lulus Bahasa Inggeris
Lepasan STPM / Setaraf
2.70
Gred B- (NGMP 2.67) dalam dua (2) mata pelajaran berikut:      
  • Mathematics S / Mathematics T / Further Mathematics T
  • Physics
  • Chemistry
  • Biology
  • Ekonomi
  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Sejarah
  • Geografi
  • Seni Visual
  DAN       Lulus SPM / Setaraf dengan kepujian dalam Matematik / Matematik Tambahan / Matematik Kertas Julai dan Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Sains serta lulus Bahasa Inggeris

Ahad, 18 Disember 2011

Faktor Kegagalan Kontraktor Dalam Proses Penilaian Tender

Terdapat beberapa faktor yang telah dikenalpasti yang menyebabkan kegagalan kepada kontraktor ketika penilaian laporan analisa tender yang seperti berikut:

  • Gagal menurunkan tandatangan pada borang tender (Form of Tender)
  • Gagal meletakan tempoh siap kerja pada borang tender (Form of Tender)
  • Penandatangan untuk borang tender adalah terdiri daripada individu yang tidak diberi kuasa 
  • Gagal mengemukakan salinan penyata akaun terkini syarikat misalnya dalam tempoh 3 bulan terakhir
  • Gagal mengemukakan senarai terkini pengalaman kerja serta senarai kerja di dalam tangan
  • Tempoh pendaftaran syarikat bersama Pusat Khidmat Kontrak (PKK) atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah tamat tempoh ketika tarikh tutup tender
  • Tidak memiliki pengalaman kerja yang berkaitan dengan kerja yang ditawarkan, contohnya, sekiranya, kerja yang ditender adalah berkaitan dengan pembinaan jambatan, kontraktor yang masuk tersebut mempunyai latarbelakang pengalaman berkaitan pembinaan bangunan, maka ia sukar untuk dipertimbangkan
  • Tidak mempunyai bilangan kakitangan teknikal yang mencukupi, misalnya untuk projek Kelas A, syarikat kontraktor perlu mempunyai beberapa orang pekerja teknikal yang mempunyai kelayakan dalam bidang ikhtisas pembinaan
  • Tidak mempunyai kelengkapan loji yang mencukupi
  • Mempunyai terlalu banyak bilangan kerja semasa di dalam tangan
  • Mempunyai masalah prestasi kerja yang buruk ditempat lain
  • Mempunyai kecairan modal yang lemah
  • Tidak mengisi dan melengkapkan borang Integrity Pact

    Sabtu, 17 Disember 2011

    Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Projek Penswastaan

    Unit Kerjasama Awam dan Swasta atau lebih dikenali sebagai UKAS telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

    Tujuan UKAS ditubuhkan bagi mengerakkan dan sebagai pemangkin untuk pelaksanaan projek secara penswastaan yang dilaksanakan secara bersama diantara pihak kerajaan dan juga swasta.

    Kaedah Penswastaan mengikut sejarah telah bermula pada tahun 1981 dimana ketika itu dasar pensyarikatan telah diperkenalkan.yang bertujuan bagi mengalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta.

    Seterusnya bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi dan Rancangan Malaysia RMK-10, pihak kerajaan Malaysia telah menekankan konsep secara penswastaan bagi tujuan mengurangkan belanja pembangunan yang perlu ditanggung oleh pihak kerajaan. 

    Dalam pelaksanaan projek secara penswastaan, syarikat-syarikat yang dilantik akan melaksanakan projek dengan pembiyaan sendiri. Manakala hasil pendapatan yang diperolehi oleh syarikat tersebut adalah melalui perjanjian konsesi setelah projek tersebut siap.

    Sebagai contohnya, sekiranya satu syarikat telah dilantik untuk melaksanakan projek pembinaan asrama pelajar universiti, syarikat tersebut akan melaksana projek pembinaan dengan menggunakan pembiyaan sendiri, manakala hasil pendapatan syarikat tersebut, hanya akan diperolehi dengan perjanjian konsesi untuk menguruskan asrama tersebut dengan tempoh-tempoh tertentu, misalnya selama 25 tahun. 

    Hasil dari konsep penswastaan, telah terbukti dengan terjemahan pelbagai projek yang telah siap bagi kepentingan awam seperti pelaksanan pembinaan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Pelabuhan Tanjong Pelepas,  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Double Track Keretapi dan lain-lain yang ada dalam proses pembinaan.

    Kejayaan pelaksanaan konsep penswastaan telah berjaya meringankan beban perbelanjaan pembangunan yang ditanggung kerajaan, selain itu, ia telah mengurangkan perbelanjaan pentadbiran kerajaan dimana sebanyak 58 agensi kerajaan telah diswastakan yang melibatkan pemindahan 113,440 orang daripada kerajaan kepada sektor swasta.


    (sumber: Laman web Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) http://www.ukas.gov.my

    Khamis, 15 Disember 2011

    Kerjaya Profesion Ukur Bahan (QS) di Sektor Awam


    Putrajaya : Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia


    Kerjaya sebagai penjawat awam adalah salah satu pilihan kepada para graduan-graduan yang bakal menamatkan pengajian baik diperingkat Ijazah Pertama, Diploma atau Sijil.

    Berikut dilampirkan syarat-syarat pelantikan ke jawatan Juruukur Bahan , Penolong Juruukur Bahan dan Juruteknik Ukur Bahan sebagai panduan kepada para graduan yang ingin memohon jawatan di sektor awam.

    1. Juruukur Bahan (QS)



    KLASIFIKASI:PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN:PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    GRED GAJI/JAWATAN:J1-1, J1-2, J1-4, J1-5, J1-6
    TARIKH KUAT KUASA:1 JANUARI 2012



    SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    (a) Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred J1-1: T1).
    SYARAT KELAYAKAN
    BAHASA MELAYU
    2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruukur Bahan dan Juruteknik bidang ukur bahan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-1, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
    (a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; atau
    (ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II yang diiktiraf oleh Lembaga Juruukur Bahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
    (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan



    SYARAT LANTIKAN
    TERUS KE JAWATAN JURUUKUR BAHAN
    GRED J1-2, J1-4, J1-5,
    J1-6 ATAU JAWATAN
    DALAM KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI
    4. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-2, J1-4, J1-5, J1-6 atau jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-
    (a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2 di atas; dan
    (b) (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
    (ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.



    KENAIKAN PANGKAT
    KE GRED J1-2
    5. Juruukur Bahan Gred J1-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-2 yang kosong apabila telah:-
    (a) disahkan dalam perkhidmatan;
    (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    (d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT
    KE GRED J1-4
    6. Juruukur Bahan Gred J1-2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-4 yang kosong apabila telah:-
    (a) disahkan dalam perkhidmatan;
    (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    (d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT
    KE GRED J1-5
    7. Juruukur Bahan Gred J1-4 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-5 yang kosong apabila telah:-
    (a) disahkan dalam perkhidmatan;
    (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    (d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT
    KE GRED J1-6
    8. Juruukur Bahan Gred J1-5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-6 yang kosong apabila telah:-
    (a) disahkan dalam perkhidmatan;
    (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan


    Anggaran Gaji Permulaan Untuk Juruukur Bahan J1-1 : RM 2,090.00 - RM 6,385.00 & Kenaikan Gaji Tahunan : RM 230.00


    2 . Penolong Juruukur Bahan



    KLASIFIKASI:PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN:PELAKSANA
    GRED GAJI/JAWATAN:J2-1,  J2-4, J2-5
    TARIKH KUAT KUASA:1 JANUARI 2012



    SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    (a) Diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred J2-1: T1).
    SYARAT KELAYAKAN
    BAHASA MELAYU
    2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    PEPERIKSAAN BAGI
    TUJUAN PENGESAHAN
    DALAM PERKHIDMATAN
    3. Penolong Juruukur Bahan hendaklah lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan sebelum boleh dipertimbangkan untuk pengesahan dalam perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT
    KE GRED J2-4
    4. Penolong Juruukur Bahan Gred J2-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred J2-4 yang kosong apabila telah:-
    (a) disahkan dalam perkhidmatan;
    (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    (d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT
    KE GRED J2-5
    5. Penolong Juruukur Bahan Gred J2-4 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred J2-5 yang kosong apabila telah:-
    (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    (c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
    PENINGKATAN
    SECARA LANTIKAN
    KE PERKHIDMATAN
    JURUUKUR BAHAN
    6. Penolong Juruukur Bahan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-1 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim-skim perkhidmatan berkenaan


    Anggaran Gaji Permulaan Untuk Penolong Juruukur Bahan J2-1 : RM 1,565.00 - RM 4,330.00 & Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00 / RM 150.00


    3. Juruteknik Ukur Bahan * Syarat-syarat kelayakan juga terpakai untuk Juruteknik Senibina, Awam, Mekanikal dan Elektrikal



    KLASIFIKASI:PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN:PELAKSANA
    GRED GAJI/JAWATAN:JA3-1, JA3-2, JA3-3
    TARIKH KUAT KUASA:1 JANUARI 2012



    SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    (a) Sijil dalam bidang kejuruteraan, seni bina atau ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA3-1: T1).
    SYARAT KELAYAKAN
    BAHASA MELAYU
    2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN
    SECARA LANTIKAN
    3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik dan Pembantu Kemahiran adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Juruteknik Gred JA3-1, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
    (a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; atau
    (ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
    (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
    PEPERIKSAAN BAGI
    TUJUAN PENGESAHAN
    DALAM PERKHIDMATAN
    4. Juruteknik hendaklah lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan sebelum boleh dipertimbangkan untuk pengesahan dalam perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT
    KE GRED JA3-2
    5. Juruteknik Gred JA3-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruteknik Gred JA3-2 yang kosong apabila telah:-
    (a) disahkan dalam perkhidmatan;
    (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    (d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT
    KE GRED JA3-3
    6. Juruteknik Gred JA3-2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruteknik Gred JA3-3 yang kosong apabila telah:-

    (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    (c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan



    PENINGKATAN
    SECARA LANTIKAN
    KE PERKHIDMATAN
    JURUUKUR BAHAN,
    7. Juruteknik yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan  Juruukur Bahan Gred J1-1, yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim-skim perkhidmatan berkenaan


    Anggaran Gaji Permulaan Untuk Juruteknik Ukur Bahan J3-1 : RM 1,410.00 - RM 4,185.00 & Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00 / RM 150.00

    Selasa, 13 Disember 2011

    Buku Untuk Dikongsi - Pengenalan Kontrak Binaan Reka dan Bina

    PENULIS :
    Amran Mohd Majid

    PENERBIT:
    Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP)

    HALAMAN:
    500
    • Kontrak Binaan Reka dan Bina merupakan satu jenis perolehan kerja yang baru berkembang pesat dalam Industri Binaan negara kita. 
    • Banyak perkara baru yang perlu diterokai dan dibincangkan berkaitan dengan peruntukkan kontrak binaan Reka dan Bina.
    • Buku ini akan merujuk kepada borang kontrak piawai Reka dan Bina Jabatan Kerja Raya PWD DB (Rev. 2007).
    • Buku ini akan membincangkan peruntukkan-peruntukkan utama dalam borang kontrak piawai JKR dengan merujuk kepada prinsip-prinsip perundangan yang terkandung di dalam kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah. 
      • Antara perkara-perkara utama yang dibincangkan adalah berkaitan dengan tanggungan kontraktor berkaitan dengan kontrak reka dan bina, milikan tapak bina, perubahan kerja, bayaran kemajuan, perakuan muktamad, penamatan, penyiapan kerja, tuntutan kontark dan isu-isu penting yang lain.

      Berita Pembinaan 12 Disember 2011 - Fasa 2 monorel pelancongan Sungai Melaka siap Feb 2013

       

      Fasa 2 monorel pelancongan Sungai Melaka siap Feb 2013

      12/12/2011 10:25pm

      MELAKA 12 Dis. – Pembinaan fasa 2 monorel pelancongan Sungai Melaka bernilai RM21 juta dijangka siap Februari 2013 bagi meningkatkan bilangan pengunjung melihat keindahan Sungai Melaka. 

      Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, projek sejauh 1.3 kilometer itu adalah sambungan kepada fasa 1 projek monorel yang dilancarkan pada 20 Oktober tahun lepas itu, yang menawarkan kepada pelancong untuk menyusuri dan melihat pemandangan Melaka dari monorel tersebut.

      "Projek yang akan dilaksanakan ini menjadikan keseluruhan panjang trek monorel sejauh 2.9 kilometer dengan membuat satu pusingan lengkap,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Fasa 2 Pembangunan Monorel di Jalan Tun Mutahir di sini, hari ini.

      Beliau berkata, perjalanan monorel yang bermula dari Taman Rempah itu akan melalui Jalan Bunga Raya, Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir sebelum kembali semula ke Taman Rempah.

      Mohd Ali berkata, projek yang mendapat peruntukan sebanyak RM13.2 juta daripada Kementerian Pelancongan Malaysia itu akan dibangunkan oleh Agibs Engineering & Construction Sdn Bhd. – Bernama

      Sabtu, 10 Disember 2011

      Jom Kenali Lebuhraya Seremban - Port Dickson

      Bulan November dan Disember 2011 adalah merupakan musim cuti persekolahan bagi murid-murid sekolah diseluruh Malaysia. Dikesempatan ini, tentu ramai yang mengambil peluang untuk berehat dan bercuti bersama keluarga tidak dikira dimana sahaja.

      Disini, penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak info berkaitan dengan Lebuhraya Port Dickson- Seremban, dimana penulis telah melaluinya ketika bercuti ke Port Dickson pada awal Disember 2011. Diharapkan info ini, boleh membantu kepada sahabat-sahabat blogers yang ingin meneruskan perjalanan ke destinasi di pantai peranginan Port Dickson.


      Lebuhraya Port Dickson- Seremban

      • Dikenali dengan kod E29
      • Telah dibina bagi menghubungkan kawasan diantara Seremban dengan Port Dickson
      • Dibina sebagai laluan alternatif kepada Jalan Perseketuan yang menghubungkan antara Seremban dan Port Dickson
      • Mempunyai jarak sepanjang 23 kilometer
      • Lebuhraya yang mempunyai kemudahan 2 lorong
      • Dibina pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1997
      • Dibuka untuk kegunaan awam pada tahun 1997
      • Lebuhraya Seremban-PD pada mula diuruskan oleh syarikat Seremban-Port Dickson Highwah Sdn Bhd (SPDH) yang merupakan anak syarikat Kumpulan Melewar sebelum diambil alih oleh Kumpulan PLUS
      • Kadar tol untuk kenderaan berjenis kereta daripada Seremban ke Port Dickson adalah sebanyak RM 3.20 sahaja bagi perjalanan sehala
        Peta yang menunjukkan jaringan laluan Lebuhraya Seremban-Port Dickson


        Panorama pemandangan Lebuhraya PD-Seremban - 1

        Panorama pemandangan Lebuhraya PD-Seremban -2


      Ahad, 27 November 2011

      Hardcopy kod pendaftaran PKK, KK & CIDB untuk dijual

      Hardcopy kod pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Kementerian Kewangan (KK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah dihasilkan bagi memudahkan kepada para kontraktor atau pembekal membuat rujukan untuk tujuan pendaftaran, kemaskini atau untuk memasuki perolehan tender atau sebutharga yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan.

      Dihasilkan dengan konsep 3 dalam 1 iaitu menggabungkan ketiga-tiga iaitu PKK, KK dan CIDB dalam satu hardcopy.

      Jika berminat, sila hubungi alamat e-mail berikut untuk tujuan penempahan chee_lin@yahoo.com atau sms kepada nombor 012 3875655 (Azilan). Harga hardcopy yang mengandungi 20 mukasurat hanya RM 20.00 (termasuk kos pengeposan-pos laju) .

      ATAU, jika sesiapa yang berminat untuk mendapatkan dalam bentuk 'soft copy' hanya dikenakan sebanyak RM 10.00 sahaja


      Muka hadapan hardcopy kod pendaftaran &  bidang PKK, KK dan CIDB

      Pages 1- Kod Pendaftaran PKK

      Pages 6- Kod Pendaftaran KK

      Pages 16- Kod Pendaftaran CIDB
      Pages 18- Talian KK,PKK dan CIDB

      Tatacara Proses Pendafaran Kontraktor Bersama CIDB


      Kepada kontraktor-kontraktor yang ingin mendaftar atau tidak pasti akan langkah-langkah untuk mendaftarkan atau mempembaharui lesen pendaftaran bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau CIDB, bolehlah layari pautan berikut untuk rujukan atau mendapatkan maklumat selanjutnya:

      Selamat Mencuba

      Jumaat, 25 November 2011

      Hebahan Kursus NZM Consultant Training Center- Bulan Disember 2011

      Adalah dimaklumkan, pihak NZM Corporate Training Consultant Sdn Bhd akan menganjurkan kursus berikut pada bulan Disember 2011

      Bil
      Tajuk Kursus
      Tarikh Kursus
      Hari
      Venue
      Bayaran (RM)*
      1
      Kursus Peranan Pegawai Penguasa Dan Bayaran Interim Di Dalam Kontrak
      20 Disember 2011
      1
      Hotel Grand Continental, KL
            450.00
      2
      Kursus Pelaksanaan Industrilised Building System (IBS) Untuk Projek-Projek Kerajaan
       14 Disember 2011
      -
      15 Disember 2011
      2 Hotel Grand Continental, KL 850.00

      * Catatan: Tidak termasuk kos penginapan

      Untuk keterangan lanjut, bolehlah berhubung kepada nombor telefon berikut: 03-8945 5439, 016-941 3647, 012-251 7518 atau 017-645 0540 atau layari pautan berikut : http://www.nzmctc.com/