Proses pelantikan perunding ada diterangkan di dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil 2/2011. http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp022011.pdf . Ia terbahagi kepada 4 jenis perolehan iaitu secara Lantikan Terus Beserta Kos Siling (LTKBS), Pelawaan Terhad, Pelawaan Terbuka (dengan Pre-Q) atau Pelawaan Terbuka (tanpa Pre-Q).
Dalam artikel ini akan menerangkan tentang Proses Pelantikan Perunding - Pelawaan Terhad
Proses Pelawaan Terhad adalah digunapakai untuk projek yang bernilai RM 5 Juta - RM 50 Juta atau kos kajian tidak melebihi RM 2 Juta
Proses-proses yang terlibat dalam Pelawaan Terhad adalah seperti berikut:
- Pegawai Pengawal (PP) memberi kebenaran
- Sediakan Term Of Reference (TOR) dan anggaran kos oleh JPP (Jawatankuasa Penilaian Perunding)
- Sediakan Kertas Perakuan Senarai Pendek Perunding
- Agensi melalui JPP memperakukan 3 - 10 perunding yang dipilih melalui sistem e-perunding
- Kelulusan Term Of Reference (TOR) dan perincian kos
- Kelulusan senarai pendek oleh JPP
- Pengeluaran Surat Pelawaan kepada pihak perunding yang disenaraipendek
- Penerimaan CTK (Cadangan Teknikal Dan Kewangan) dari pihak perunding
- Syor pelantikan perunding oleh JPP
- Pertimbangan oleh PBM (Pihak Berkuasa Melantik) yang kebiasaannya terdiri daripada Lembaga Peroleh B Agensi
- Pelarasan harga oleh JPP
- Pengeluaran Surat Setujuterima (LA) kepada perunding
- Tandatangan perjanjian bersama perunding
- Proses pelaksanaan dan pembayaran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan