Pegawai Penguasa atau S.O adalah orang yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa untuk memantau sesuatu projek daripada peringkat permulaan sehinggalah tamat kecacatan (defect) projek tersebut.
![]() |
Gambaran Seorang Pegawai Penguasa (SO) sedang mempengerusikan Mesyuarat Tapak (Site Meeting) Projek |
Antara tanggungjawab atau tugas-tugas yang perlu dipikul oleh Pegawai Penguasa (SO) adalah seperti berikut:
- Memastikan kualiti bahan yang digunakan dan tahap mutu kerja adalah mematuhi kontrak
- Memastikan peraturan-peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkuasa lain yang mempengaruhi Kerja tersebut dipatuhi semasa pelaksanaan kerja
- Memastikan Kontraktor tidak mengabaikan hal kebajikan pekerjanya, khususnya berkaitan dengan keselamatan dan perlindungan insuran, dan pekerja-pekerja menerima gaji yang kena dibayar kepada mereka
- Memastikan tempoh liputa insurans yang diperlukan di bawah peruntukan yang berkenaan dalam Kontrak tidak luputsemasa kerja-kerja sedang berjalan, dan jika perlu mengambil tindakan melanjutkan tempohnya
- Memantau kemajuan Kerja Kontraktor dan jika perlu mengambil tindakan awal untuk memberi lanjuta masa (EOT) atau mengenakan ganti rugi tertentu dan diteapkan (LAD) dan/ atau menamatkan pengambilan kerja Kontraktor, dan
- Memastikan Kerajaan menunaikan obligasinya di bawah Kontrak kepada Kontraktor yang seperti berikut:
- Kontraktor tidak dihalang atau disekat atau ditegah daripada menjalankan kerja-kerjanya sejajar dengan Kontrak
- Kelulusan dan keputusan yang dipohon oleh Kontraktor diberi dengan segera; dan
- Bayaran kepada Kontraktor disediakan dengan segera dan mematuhi peruntukan yang berkenaan dalam Kontrak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan