Bon Pelaksanaan untuk sesuatu projek kerajaan yang disediakan oleh pihak kontraktor melalui penyediaan Jaminan Bank (Bank Guarantee) atau Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) boleh dilepaskan atau dituntut kembali oleh pihak kontraktor setelah Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) atau Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD) dikeluarkan. Walaubagaimanapun, ia adalah tertakluk kepada pandangan dan kelulusan dari Pegawai Penguasa (S.O).
Apabila Sijil Siap Kerja (CPC) dikeluarkan, pihak kontraktor layak untuk menuntut 2.5% atau 50% daripada nilai bon pelaksanaan. Manakala baki 2.5% atau 50% lagi akan dilepaskan setelah Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD) dikeluarkan.
Tuntutan pelepasan Bon Pelaksanaan oleh pihak kontraktor telah dibenarkan oleh pihak kerajaan melalui pengeluaran Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) No. 5 Tahun 2007 http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp052007.pdf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan