Apa itu Tort
- Tort adalah sesuatu pelakuan atau peninggalan salah yang memberi hak kepada plaintif untuk membawa tindakan mahkamah untuk mendapat ganti rugi
- Tort adalah satu kesalahan sivil
- Liabiliti tort tidak perlu timbul daripada sebarang perjanjian atau persetujuan antara 2 pihak
- Undang-undang sendiri itu sendiri telah menetapkan obligasi-obligasi dalam tort
- Undang-undang tort mengiktiraf hak-hak tertentu dan jika ia dilanggar, plaintif boleh menuntut untuk mengambil tindakan
- Seseorang yang melakukan sesuatu tort di gelar pelaku tort
- Remedi utama tort adalah ganti rugi
- Tort yang terdapat di dalam industri binaan adalah seperti liabiliti vikarius, kacau ganggu, kecuaian dan pencerobohan
Liabiliti Vikarius
- Seseorang boleh bertanggungjawab bagi tort yang dilakukan oleh oang lain yang berada dibawah kawalannya seperti pekerja
- Keadaan ini berlaku apabila pekerja melakukan tort dalam perlaksanaan tugasnya
- Oleh yang demikian, kesalahan yang dilakukan oleh pekerja ditanggung oleh Majikan
- Jika pekerja cuai dalam pelaksanaan kerjanya, maka majikan perlu bertanggungjawab atas kecederaan yang dialami oleh plaintif
- Dalam pembinaan, majikan boleh mendapati dirinya bertangungjawab bagi tort yang dilakukan oleh kontraktoratau kontraktor bertanggungjawab bagi tort oleh subkontraktornya
- Tort pencerobohan adalah kacauan langsung terhadap pemilik tanah atau barangannya seperti memasuki tanahnya atau mengambil barang tanpa kebenaran
- Ianya adalah suatu liabiliti ketat
- Pencerobohan ke atas tanah (trespass to land) ialah kacauan langsung terhadap pemilikan tanah seseorang
- Sebagai contoh, ia boleh terjadi apabila seseorang itu berjalan menyeberang tanah milik orang lain
- Secara am, pencerobohan bukan satu kesalahan jenayah, plaintif boleh menuntut remedi sivil sahaja
- Kacau ganggu awam bermaksud aktiviti yang merosakkan harta atau mengganggu orang ramai
- Ia boleh menjadi satu kesalahan jenayah seperti menghalang lebuh raya atau pencemaran bekalan air
- Kacau gangu peribadi adalah aktiviti atau keadaan yang mengganggu secara tak sah, penggunaan atau keselesaan tanah orang persendirian dan tidak melibatkan orang lain atau sebahagian besar masyarakat
- Untuk membawa tindakan, ia hendaklah ditunjukkan bahawa gangguan tersebut adalah secara berterusan dalam tempoh masa yang agak lama
- Hanya plaintif sahaja yang dikacau ganggu yang berhak untuk membuat tuntutan
- Di tapak bina, kontraktor bertanggungjawab di atas kacau ganggu yang beroperasi dari kerja-kerja pembinaan, tetapi majikan juga boleh bertanggungjawab keatas tort tersebut
- Prinsip liabiliti ketat boleh diringkaskan dengan situasi berikut; Sekiranya seorang penghuni (atau kontraktornya) membawa dan menyimpan di atas tanahnya sesuatu benda berbahaya yang boleh mengakibatkan keatas tanah yang bersebelahan, dia adalah bertanggungjawab untuk menentukan benda itu tidak akan terlepas
- Keperluan untuk menetapkan 'liabiliti ketat', defendan adalah penghuni tanah tersebut, benda yang dibawa atau yang tekumpul adalah bukan sumber semula jadi , benda itu terlepas dari tanah plaintif ke tanah defendan dan ia mengakibatkan kepada kerosakan
Liabiliti Penghuni
- Liabiliti penhuni ialah tanggungjawab seorang pemilik tanah atau pemis kepada seorang lain dalam tanah tersebut
- Ia berkenaan orang-orang yang mengalami kecederaan diri apabile berada di premis orang lain
- Premis adalah termasuk kategori bangunan dan tanah
- Orang yang bertanggungjawab adalah penghuni premis tersebut- dia yang mempunyai kuasa dari segi kawalan aktiviti premis
- Di tapak binaan, sama ada kontraktor atau majika boleh menjadi penghuni. Oleh yang demikian, ia perlu memastikan keperluan keselamatan keatas pengunjung-pengunjung yang datang ke tapak bina seperti klien, perunding, orang awam daripada mengalami kecederaan
- Kecuaian ialah mengenai kemungkiran kewajipan berjaga-jaga yang mengakibatkan kerosakan harta benda atau kecederaan kepada plaintif
- Ianya bukanlah satu kesalahan per se , dengan demikian, plaintif hendaklah mengemukakan bukti kerugian yang dialami akibat dari kemungkiran kewajipan berjaga-berja oleh defendan
- Terma kecuaian juga boeh terdapat dalam konrak, sebagai contoh, bila Arkitek dikatakan membua reka bentuk atau pengurusan yang cuai. Terma ini bermaksud kemungkiran kewajipan berjaga-jaga sama ada dalam tort atau kontrak
- Dalam tindakan untuk tort kecuaian, plaintif hendaklah menunjukkan bahawa:
- Defendan berkewajpan untuk berjaga-jaga terhadapnya
- Kewajipan itu telah dimungkiri oleh defendan: standard kewajipan yang dijangka ari seorang yang waras
- Plaintif mengalami kerosakan akibat kemungkiran tanggungjawab tersebut