Pages - Menu

Pages - Menu

Pages

Sabtu, 30 April 2011

Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT)

Apabila sesuatu projek itu dirasakan mengalami kelewatan dan mempunyai alasan diberi Lanjutan Masa. Maka Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa atau Extension Of Time (EOT) boleh dikeluarkan kepada pihak kontraktor sekiranya ia didapati layak untuk memperolehinya.

Hampir semua jenis kontrak yang berkaitan kontrak pembinaan seperti Borang PAM atau Borang JKR 203 atau JKR D&B mengandungi peruntukan untuk pengeluaran Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) kepada pihak kontraktor.

Di dalam Borang JKR 203 versi 2007, klausa peruntukan Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) ialah pada Klausa 43. Antara alasan-alasan yang dibenarkan untuk kelulusan pengeluaran EOT adalah seperti berikut:
  • Force Majuare
  • Keadaan cuaca buruk lebih dari keadaan biasa
  • Pertelingkahan antara 2 pemilik tanah berjian
  • Pengeluaran Arahan Perubahan Kerja (VO) oleh klien
  • Kelewatan kontraktor menerima tapak bina daripada klien
  • Kelewatan artis tradesman yang dilantik oleh klien
  • Berlaku rusuhan atau mogok yang memberi kesan kepada pelaksanaan kerja di tapak
  • Kelewatan perlantikan Sub Kontraktor Dinamakan (NSC)
Kesan daripada pengeluaran sijil Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) adalah seperti berikut:
  • Tempoh penyiapan asal akan berubah ke tempoh masa yang baru
  • Kontraktor tidak boleh dikenakan Denda LAD
  • Kontraktor perlu melanjutkan tempoh liputan untuk polisi insuran dan jaminan bank pada bon pelaksanaan atau bayaran pendahuluan (sekiranya perlu)
  • Kontraktor diminta untuk mengemukakan program kerja (work programme) yang baru



Isnin, 25 April 2011

Hebahan Kursus Mei 2011- CP Training Consultant Sdn Bhd

Adalah dimaklumkan, pihak CP Training Consultant akan menganjurkan kursus berikut pada sepanjang bulan Mei 2011



Bil
Tajuk Kursus
Tarikh Kursus
Hari
Venue
Bayaran (RM)*
1
KURSUS BINAAN BANGUNAN PENYELIAAN TAPAK BINA (SIRI 3)
23-Mei-11
24-Mei-11
2
Hotel Mutiara, Johor Bahru
      835.00

* Catatan: Tidak termasuk kos penginapan

Untuk keterangan lanjut, bolehlah berhubung kepada nombor telefon berikut: 03-4042 8500, 012-6303411 atau 012-6303737 atau layari pautan berikut :  http://www.cptraining.com.my/

Sabtu, 23 April 2011

Projek Pembangunan ' ISKANDAR' Malaysia



Iskandar Malaysia, dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor. Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor.

Koridor ini diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006. Koridor ini telah bertukar nama kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4 November 2006 bersempena nama Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Namanya ditukar lagi menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April 2008.

Tempoh pembangunan kawasan ini adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama.

Iskandar Malaysia juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini. Apabila ia siap kelak, keseluruhan kawasan pembangunan dikatakan menyamai 2 setengah kali ganda keluasan Singapura. Khazanah Nasional Berhad akan memainkan peranan utama dalam merealisasikan wawasan itu.

Kewujudan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu diyakini mampu menarik firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ.

Pembangunan itu merangkumi lokasi segi tiga di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di utara, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat daya dan Pelabuhan Pasir Gudang (PPG) di tenggara.

Syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pelaburan tambahan sebanyak RM3.4 bilion lagi dengan melaksanakan beberapa projek strategik melalui Perbadanan Pelaburan Johor Selatan (SJIC).
Berdasarkan pelan pembangunannya, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, kawasan pertumbuhan ekonomi itu dijangka begitu pesat melalui kepelbagaian bidang.
Antaranya ialah bidang elektrik dan elektronik, petrokimia dan oleokimia, pemprosesan makanan dan pertanian, perkhidmatan logistik serta pelancongan di samping perubatan dan kesihatan, pendidikan, kewangan serta industri kreatif.



Keunikan Iskandar Malaysia juga dilihat berdasarkan pembangunan sedia ada seperti pembangunan bandar pesisir pantai Teluk Danga, Bandar Nusajaya, kawasan perindustrian Pasir Gudang dan Kompleks Kastam, Kuarantin dan Imigresen (CIQ) dengan projek-projek pembangunan yang baru. Projek Pembangunan Nusajaya, sebuah bandar bertaraf dunia terbesar di Asia Tenggara juga termasuk dalam wilayah pembangunan ini.


Jumaat, 22 April 2011

Senarai Kod Bidang Pendaftaran Kontraktor Kelas Awam PKK

MAKLUMAN: KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN SENARAI PENUH KOD BIDANG PENDAFTARAN KONTRAKTOR BERSAMA PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK), KEMENTERIAN KEWANGAN (KK) DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN (CIDB) (3 IN ONE )DALAM BENTUK HARD COPY, BOLEHLAH EMAIL KEPADA chee_lin@yahoo.com UNTUK TEMPAHAN. HANYA RM 20.00 (HARGA TERMASUK KOS PENGHANTARAN) 
atau klik pautan berikut:  http://borak-qs.blogspot.com/2011/11/hardcopy-kod-pendaftaran-pkk-kk-cidb.html



Kepala I – Kerja-Kerja Kejuruteraan Awam
Sub Kepala 1
Kerja-Kerja Am Kejuruteraan Awam
Sub Kepala 2
Jambatan, Jeti dan Struktur Kerja Laut
Sub Kepala 3
a)      Struktur Penahan Air
b)      Empangan
Sub Kepala 4
Pengorekan
Sub Kepala 5
Sistem Pembentungan
Sub Kepala 6
a)      Penerowongan
b)      Dinding Gegendang dan Tambatan pada Tanah
Sub Kepala 7
Kerja-Kerja Pengairan, Penyaliran Kawasan Banjir dan
Kerja-Kerja Hidrokuasa
a)      Struktur Hidraulik
b)      Kerja-Kerja Tanah
c)       Konduit Kuasa
d)      Rumah Kuasa
Sub Kepala 8
Kerja-kerja Landasan Keretapi
Sub Kepala 9
Penanaman Sesalur dan Pembinaan Peti Penyambung dan /
 atau Lurang untuk Rangkaian Kabel Telefon
Kepala II – Kerja- Kerja Bangunan
Sub Kepala 1
Kerja-Kerja Pembinaan Tidak Termasuk Struktur
Rangka Konkrit Bertetulang
Sub Kepala 2
a)      Bangunan Rangka Konkrit Bertetulang Yang
Tidak Melebihi Empat Tingkat
b)      Bangunan Rangka Konkrit Bertetulang Yang
       Melebihi Empat Tingkat
Sub Kepala 3
Bangunan Kayu Pasang Siap
Sub Kepala 4
Bangunan Konkrit Pasang Siap
Sub Kepala 5
Bangunan Rangka Keluli
Sub Kepala 6
Kerja-Kerja Bumbung Berpaten
Sub Kepala 7
a)      Lantai Paket dan Blok Kayu
b)      Kemasan Lantai Dan Dinding Yang Lain
c)       Perabot Bina Dalam
d)      Pemasangan Tangam
Sub Kepala 8

Kerja-Kerja Penyelenggaraan
a)      Penyelenggaraan Sistem Kebersihan
b)      Pengecatan Semula Dan Pembaikan Am Bangunan
Sun Kepala 9
Pelbagai
Kepala III – Kerja- Kerja Kejuruteraan Mekanikal, Pembersihan Dan Air
Sub Kepala 1
a)      Sistem Penyaman Udara dan Pengalihudara
b)      Bilik Sejuk
Sub Kepala 2
Lif dan Ekskelator
Sub Kepala 3
Pemasangan Paip Dan Alat-alat Kebakaran
Sub Kepala 4
Pemasangan Alat Pengepaman
Sub Kepala 5
Pemasangan Loji Pembersihan Kumbahan
Sub Kepala 6
Pemasangan Loji Pembersihan Air
Sub Kepala 7
Pemasangan Kelengkapan Memasak dan Dapur
Sub Kepala 8
Pemasangan Kelengkapan Dobi
Sub Kepala 9
Pemasangan Loji Dandang dan Kebuk Tekanan Tak
Berapi
Sub Kepala 10
Pemasangan Sistem Mencegah Kebakaran
Sub Kepala 11
Pemasangan Sistem Penyampai
Sub Kepala 12
a)      Kren Bagan
b)      Kren Workshop
c)       Unit Pengangkut Untuk Penyelenggaraan Bangunan
Sub Kepala 13
a)      Pemasangan Loji Penghancuran dan Penapisan
b)      Pemasangan Loji Mencampur Asfalt
Sub Kepala 14
Pemasangan Sistem Kawalan Pencemaran Udara
Sub Kepala 15
Pemasangan Kelengkapan Jentera Kilang Minyak Dan
Getah
Sub Kepala 16
a)      Pembaikan dan Pemulihan Gerabak Keretapi
 Penumpang  dan Gerabak Keretapi Barang
b)      Kerja-Kerja Kimpalan Landasan Keretapi
c)       Pembaikan dan pemuliahan Lokomotif dan
       peralatan Lokomotif
d)      Pembaikan dan pemulihan Tren Elektrik dan
 peralatan Tren Elektrik
e)      Pembaikan dan pemulihan kereta Penjana Kuasa
Sub Kepala 17
a)      Pemasangan Sistem Pemampatan Udara
b)      Pemasangan Sistem Air Panas
c)       Pemasangan Sistem Gas Petroleum Cecair (LPG)
d)      Pemasangan Pensreril dan Autoklaf
e)      Pemasangan Gas Perubatan
f)       Pemasangan Alat Bakar Sampah
g)      Pemasangan Sistem Automatik Untuk Bangunan
h)      Pemasangan Rak Bergerak
i)        Kelengkapan Makmal
j)        Pemasangan Peralatan Kolam Renang
k)      Pemasangan Alat Angkat Pintu Hidraul
l)        Pemasangan dan Pembaikan Loji Jentera
          dan Kelengkapan
Kepala IV- Lain-Lain Kerja Pakar Kejuruteraan Awam
Sub Kepala 1
Kerja-Kerja Tanah
Sub Kepala 2
Kerja-Kerja Cerucuk
a)      Konkrit Di Situ
b)      Konkrit Bertetulang Tuang dahulu
c)       Konkrit Prategasas atau Pescategangan
d)      Keluli
e)      Kayu
f)       Sistem Berpaten
Sub Kepala 3
a)      Kerja-Kerja Penyalutan Berasfalt
b)      Kerja-Kerja Permukaan Jalan Bitumen
c)       Kerja-Kerja Membuat Isyarat Jalan Dan Mengecat
Jalan
d)      Kerja-Kerja Membuat Pengadang Susur, Sawar,
Penanda Batu Dan Kerja Yang Lain Untuk Jalan
Sub Kepala 4
a)      Kerja-Kerja Keluli

b)      Kerja-Kerja Kelulu Berpaten Dan Pasang Siap
Sub Kepala 5
Penyaliran Bawah Tanah
Sub Kepala 6
a)      Pemasangan Sesalur Air
b)      Pemasangan Sesalur Minyak Dan Gas
Sub Kepala 7
a)      Kerja-Kerja Penggerudian Untuk Air Bawah Tanah
b)      Kerja-Kerja Penyelidikan Tanah
c)       Kerja-Kerja Kajian Geofizik
Sub Kepala 8
Konkrit Bertetulang atau Tanpa Tetulang Tuang Dahulu
 Untuk Berbendul Jalan Pembentung dan Saliran
Sub Kepala 9
Pembinaan Konkrit Prategasan atau Pascategangan
Sub Kepala 10
Pelbagai
a)      Kerja-Kerja Penurapan Tekanan
b)      Guniting
c)       Kerja-Kerja Ujian Yang Tidak Memberikan Kesan   pada Anggota Konkrit
d)      Kerja-Kerja Sokong Bawah
e)      Kerja-Kerja Serombong Stesen Kuasa
f)       Kerja-Kerja Penyambungan Pengembangan
Kepala V – Kerja-Kerja Kuari, Membekal Logam Dan Tanah, Kerja-Kerja Angkut Dan Pengangkutan
Sub Kepala 1
Kerja-Kerja Memecah Batu Dan Membekal Logam
Sub Kepala 2
Kerja-Kerja Penggerudi Dan Meletupkan Batu Kuari
Sub Kepala 3
Kerja-Kerja Membekal Tanah
Sub Kepala 4
Kerja-Kerja Angkut dan Pengangkutan
Kepala VI- Pembanguna Hutan Dan Tanah
Sub Kepala 1
Penyediaan dan Penyelenggaraan Tapak Semaian
Sub Kepala 2
Kerja-Kerja Pembersihan Hutan Dan Penyediaan Tanah
Sub Kepala 3
a)      Kerja-Kerja Penanaman Pokok Dan          
          Penyelenggaraan Pokok
b)      Kerja-Kerja Penanaman Semula Dan
    Penyelenggaraan Pokok
Sub Kepala 4
Kerja-Kerja Memungut dan Mengangkut Hasil Tanaman
Sub Kepala 5
Kerja-kerja Pemulihan Hutan
Sub Kepala 6
a)      Kerja-kerja Seni Tanaman
b)      Kerja-Kerja Penanaman Benih Berair
Sub Kepala 7
Jalan Hutan
Sub Kepala 8
Kerja-Kerja Am Pertanian
Sub Kepala 9
Pelbagai
Kepala VIII-Kerja-Kerja Telekomunikasi
Sub Kepala 1
a)      Penanaman, Penyambungan Dan Pengujian
 Rangkaian Kabel Agihan
b)      Penanaman, Penyambungan Dan Pengujian
Rangkaian Kabel Utama
c)       Penanaman, Penyambungan Dan Pengujian
 Rangkaian Kabel Simpang
Sub Kepala 2
a)      Pemasangan Penaik Kabel Rangka Agihan Utama
       Peti Agihan Salur Bawah Lantai dan Kabel Telefon Dalam Bangunan
b)      Pemasangan Sepasang Kabel Telefon Dalam
 Bangunan
Sub Kepala 3
Sistem Semboyan dan Perhubungan Keretapi
a)      Pemasangan Sistem Semboyan yang           
        Mengandungi Geganti Berkaitpanca dan Geganti
         Bongkah Automatik
b)      Pemasangan Sistem Perhubungan Untuk Kawalan
     Pusat Laluan Tepi Stesen
c)       Pemasangan Sawar Elektrik Lengkap Dengan     
          Isyarat/ Susur dan Penggera Lebuhraya


Sumber : Pusat Khidmat Kontraktor Malaysia