Pages - Menu

Pages - Menu

Pages

Jumaat, 18 Mac 2011

Surat Niat @ Letter Of Intent (LOI)

Surat Niat ialah satu surat dalam bentuk hasrat atau niat yang dikeluarkan oleh pihak klien kepada kontraktor. Surat ini dikeluarkan kerana terdapat perkara-perkara yang masih belum dimuktamadkan seperti syarat-syarat kontrak, lukisan, spesifikasi, tempoh masa penyiapan atau lain-lain perkara sebelum Surat Setujuterima (L.A) dikeluarkan.

Sebagai satu contoh mudah. Katakan dalam satu kontrak pembinaan bangunan 3 tingkat, pihak klien berkehendakan projek tersebut disiapkan dalam tempoh masa 12 bulan. Manakala, kontraktor yang telah dipilih didapati menawarkan tempoh penyiapan selama 18 bulan. Oleh yang demikian, surat niat boleh dikeluarkan bagi mendapat persetujuan kontraktor supaya tempoh penyiapan disingkatkan daripada 18 bulan kepada 12 bulan. Sekiranya, kontraktor tersebut bersetuju, Surat Setujuterima (L.A) akan dikeluarkan.

Pengeluaran Surat Niat ini tidak memberi implikasi dari segi kontrak kerana ia tidak mengikat kontrak antara 2 pihak. Selain itu, tiada pihak yang boleh menuntut kerugian sekiranya terdapat salah satu pihak gagal mematuhi syarat ketika proses pengeluaran Surat Niat berlangsung.

1 ulasan:

  1. ingt srt rasmi dn xrasmi je ade,...srt niat pon ade?? ohoh mcm sy blaja xda plak..yg sy tau memo ada la..memo luaran dan dlm..
    luaran = memorandum persefahaman, bantahan, dan memorandum cdgn..=)

    BalasPadam