Projek ini telah dibuka kepada orang awam pada 14 Mac 2007 dengan kadar tol sebanyak RM 2.00 sehala
Projek pembinaan ini telah bermula pada 1 Januari 2003 dan siap pada 31 Disember 2006 dalam tempoh masa 4 tahun. Kos pembinaan yang terlibat adalah sebanyak RM 1.93 Billion
Objektif pembinaan projek ini ialah :
a) Untuk menangani masalah banjir yang berlaku di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur
b) Untuk mengurangkan kesesakan laluan masuk ke Kuala Lumpur berdekatan Lapangan Terbang Sungai Besi
SMART Tunnel merupakan terowong pertama di dunia yang mengandungi laluan kenderaan dan laluan air.
Projek ini telah dilaksanakan oleh Syarikat Mengurus Air Banjir Dan Terowong Sdn Bhd (SMART SB) yang merupakan syarikat Joint Venture (JV) di antara Gamuda Berhad dan MMC Engineering. Agensi kerajaan yang bertanggungjawab yang menyelia projek ini ialah Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) untuk komponen laluan air dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk komponen laluan jalan raya.
Garis pusat terowong SMART Tunnel ialah sepanjang 13.26m dan merupakan terowong terbesar di Asia Tenggara dan kedua terbesar di Asia. Terowong ini mempunyai 2 tingkat untuk laluan jalan dan 1 tingkat untuk laluan air. Panjang keseluruhan terowong ialah 11.50km yang merangkumi 9.70km untuk laluan air dan 3.00km laluan untuk jalan raya.
Tiga jalan keluar dan masuk ke terowong kenderaan adalah dibina di kawasan Jalan TunRazak berhampiran Bulatan Kampong Pandan, Jalan Davis berhampiran Berjaya Times Square dan Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban berhampiran Lapangan Terbang Sg. Besi.
Manakala untuk terowong lencungan banjir adalah bermula dari Kg Berembang, Ampang ke bekas lombong di Taman Desa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan