Seringkali dilihat pihak-pihak yang terlibat di dalam pentadbiran kontrak atau industri binaan tidak memahami akan maksud dan perbezaan istilah di antara Pegawai Penguasa (P.P) atau Superintending Officer (S.O) dengan Pengarah Projek (P.P) atau Project Director (P.D).
Kedua-dua Pegawai Penguasa (S.O) atau Pengarah Projek (P.D) adalah didapati mempunyai kuasa dalam pentadbiran kontrak sesuatu projek. Walaupun dilihat, kedua-duanya mempunyai persamaan tetapi sebenarnya mempunyai perbezaan yang tersendiri.
Istilah Pegawai Penguasa (P.P) secara umumnya digunakan untuk projek yang dilaksanakan secara konvensional, dimana kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan kerja adalah menggunakan borang kontrak JKR 203A atau JKR203.
Istilah Pengarah Projek (P.D) pula, secara umumnya digunakan untuk projek yang dilaksanakan secara 'design and build'. Dimana didalam projek secara design and build. Kontraktor adalah didapati untuk bertanggungjawab, menyediakan rekabentuk dan melaksanakan kerja. Disini dapat difahami akan skop tugas Pengarah Projek (P.D) adalah berlainan dengan tugas seorang Pegawai Penguasa (P.P) dalam kontrak konvensional.
Walaubagaimanapun, tugas kedua-duanya iaitu P.P dan P.D didapati mempunyai persamaan dari segi kuasa mengeluarkan sijil-sijil perakuan seperti Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT), Perakuan Siap Kerja (CPC), Perakuan Kerja Tak Siap (CNC) dan Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD).
Secara kesimpulannya, perbezaan terhadap istilah P.P dan P.D dapat dilihat menerusi penggunaan jenis kontrak samaada ia mengunakan secara tradisional atau design and build.
alo bro.. takkan nak bg tau perbezaan So ngan PD sebab design built ngan konvesional je?
BalasPadamTerima kasih atas makluman, tetapi melalui pengamatan saya dalam satu projek design and build di Perak. Perunding yang menyediakan perakuan sijil perakuan siap kerja (CPC) masih tidak memahami perbezaan di antara PP dan PD dimana telah menyediakan CPC menggunakan istilah PP. Walaupun perkara itu mudah, seringkali, kesilapan akan timbul jugak.
BalasPadamjadi ringkasannya ialah:-
BalasPadama. SO untuk kontrak jenis conventional atau dgn nama lain traditional
b. PD pula untuk kontrak jenis D-B.
harap dapat explain dgn lebih mendalam..tq
To husna berkata:
BalasPadamSememang nya semua sijil spt cpc, eot dikeluarkan oleh Kontraktor (melalui perunding sebab projek D&b) tetapi pengeshan hendklah diperolehi drpd P.D