Pages - Menu

Pages - Menu

Pages

Selasa, 22 Februari 2011

Penyediaan Dokumen Tender

Dokumen Tender ialah satu naskah tawaran yang dikeluarkan oleh pihak klien apabila ia berhasrat untuk melaksanakan sesuatu projek. Pihak kontraktor yang berminat untuk menyertai projek tersebut perlu mengisi dan melengkapkan dokumen tender dan memulangkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Untuk menyediakan dokumen tender, perkara-perkara berikut perlu dimasukkan dalam dokumen tersebut bagi memudahkan pihak kontraktor untuk melihat, menyemak keperluan, meneliti dan seterusnya untuk mengisinya.

Antara perkara-perkara yang perlu dimasukkan tersebut ialah:

a) Kenyataan Tawaran
b) Arahan Kepada Petender @ Instructions To Tenderers
c) Borang Tender @ Form Of Tender
d) Surat Setujuterima Tender @ Letter Of Acceptance (L.A)
e) Syarat-Syarat Kontrak @ Conditions Of Contract (C.O.C)
f) Speksifikasi
g) Preamble
h) Senarai Kuantiti @ Bill Of Quantity (BQ)
i) Latar Belakang Petender
j) Pelan-pelan

Perkara-perkara yang telah dinyatakan di atas adalah dokumen-dokumen yang perlu dimasukkan di dalam penyediaan sesuatu dokumen tender. Walaubagaimanapun, agensi-agensi atau jabatan kerajaan boleh mengubahsuaikan mengikut kesesuaian tempat masing-masing.

12 ulasan:

  1. recommended sikit. better guna sistem popup mesej..lagi senang dan disable word verification tu

    BalasPadam
  2. Preamble tue natang ape? :p

    thanks pd info ni.

    BalasPadam
  3. Preamble tu keterangan macamana unit dan kuantiti pada BQ (senarai kuantiti) itu diukur, contoh untuk item piling, preamble akan ceritakan macamana nak kira item supply and deliver piling to the site. nanti ia akan bgtaulah supply and deliver adalah dikira dalam unit bilangan (nos) yang dibekal

    BalasPadam
  4. Boleh tak email kt saya contoh dokumen tender yg awk ada? kalau boleh dokumen tender yg pindaan terkini.

    it would helps me alot in studies. thanks.

    nazirulfariq@gmail.com

    BalasPadam
  5. Salam dan sejahtera..saya menyediakan perkhidmatan menghargakan tender/mengira tender dari kelas A-F.Terbuka kepada kontraktor Bumiputera sahaja..sila lawati shinestarqs.blogspot.com utk maklumat lanjut.terima kasih.

    BalasPadam
  6. apa perbezaan penyediaan dokumen tender menggunakan JKR 203A dengan menggunakan PAM 2005...ada banyak beza ke???sape yg arif..tolong beri penerangan

    BalasPadam
  7. perbezaan yg mudah, Borang JKR 203A digunakan untuk projek-projek kerajaan, manakala Borang PAM untuk projek-projek swasta

    BalasPadam
  8. Terdapat pelbagai perbezaan dlm COC kedua-dua borang, a) Material Off Site dibenarkan dalam PAM, manakala dlm JKR203 takde b)PAM ade Wang Tahanan, tetapi dlm JKR203 dipanggil Wang Jaminan Perlaksanaan

    BalasPadam
  9. what if the client is statutory body?better use PAM or JKR standard

    BalasPadam
  10. Ref sites (pengalaman syarikat) juga memberi markah dlm tender evaluation.

    BalasPadam
  11. Ref sites (pengalaman syarikat) juga memberi markah dlm tender evaluation.

    BalasPadam