Kadar Denda Dan Gantirugi Ditetapkan atau LAD (Liquidated Ascertained Damage) adalah satu kadar denda yang akan dikenakan terhadap pihak kontraktor sekiranya gagal menyiapkan projek dalam masa yang telah ditetapkan atau tempoh Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa (EOT) telah berakhir. Walaubagaimanapun, LAD hanya boleh dilaksanakan terhadap kontraktor sekiranya Sijil Perakuan Kerja Tak Siap (CNC) telah dikeluarkan.
Untuk mengira LAD formulanya adalah seperti berikut:
Prime Rate (PR)
365 hari
Kadar PR adalah bergantung kepada BLR atau Kadar Pinjaman Asas yang dikeluarkan oleh bank-bank perdagangan tempatan seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan lain-lain lagi.
Kita ambil satu contoh, katakan harga kontak adalah RM 5 Juta dan kadar BLR semasa adalah 6.0%
Jadi 6.0% = 0.0164% untuk kadar LAD sehari
365
=> 0.0164% x RM 5,000,000.00
100%
=> RM 820.00 sehari.
Jadi kadar LAD yang akan dikenakan kepada kontraktor sekiranya gagal menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan adalah sebanyak RM 820.00 sehari.
Kepada sahabat-sahabat di luar sana, bolehlah mencuba membuat pengiraan atau latihan mengikut contoh formula yang diterangkan sebentar tadi.
boleh rujuk kat tips ini http://kindofsoul.blogspot.com/2011/02/tips-syarat-syarat-seorang-blogger-baru.html
BalasPadamowhh.. baru tahu.. ingat rate untuk L.A.D adalah fixed atau yg termaktub dekat kontrak.. rupa2 nya ada formula ehh.. tq for the info
BalasPadamEntry Terbaru: Apa Dah Jadi dengan DrBook..
Terima Mr Laici atas maklumbalas
BalasPadamboleh cerita formula nak kira LAD utk PAM, CIDB dan IEM?
BalasPadamsusah nak mencari formula ni
boleh saya tahu BLR tu ape dalam bahasa panjangnyer??? nak tahu jugak dalam bahasa ingeris dia tu ape??? hehehe... maaf tak tahu saya budak baru belajar... harap dapat membantu.
BalasPadamBase Lending Rate.
BalasPadamBerapa lama LAD perlu dikenakan kepada kontraktor dlm masa EOT?
BalasPadamSapa tahu???
LAD dikenakan kepada kontraktor sahaja ke..bagaimana dengan pihak perunding atau operator kemudahan yang diperolehi secara kontrak dengan kerajaan atau pihak main-operator/consultant..adakah LAD juga boleh dikenakan atau terdapat lain pendekatan?
BalasPadamMr Amuktokjulap: terima kasih kerana visit blog. Apa-apa pun untuk kenakan LAD, kita kena tengok kepada kandungan kontrak. sekiranya ia membenarkan, denda LAD akan dijalankan
BalasPadamtumpang tanya peratus BLR main con dengan sub con adlah sama kew...
BalasPadamtumpang tanya peratus BLR main con dengan sub con adlah sama kew...
BalasPadamasmai azmi... sama jer
BalasPadam