Pages - Menu

Pages - Menu

Pages

Ahad, 13 Februari 2011

Bayaran Pendahuluan @ Advanced Payment

Dalam melaksanakan sesuatu projek kerajaan, terdapat peruntukan yang membolehkan pihak kontraktor membuat permohonan bagi mendapatkan 'Bayaran Pendahuluan' atau Advanced Payment. Peruntukan ini terkandung dalam Borang Kontrak yang merangkumi untuk kontrak konvensional atau 'Design And Build' dalam 'Peruntukan Khas Untuk Syarat-syarat Kontrak'.

Kementerian Kewangan Malaysia melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 iaitu Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender juga membenarkan kontraktor untuk memohon Advanced Payment daripada agensi pelaksana. Sila rujuk pautan berikut: http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp052007.pdf

Kontraktor adalah dibenarkan untuk memohon Advanced Payment dengan nilai 25% dari harga kontrak (Builders Work Sahaja) atau maksimum RM 10 Juta.

Contoh Pengiraan adalah seperti berikut: Katakan harga kontrak kerja ialah RM 5 Juta dan termasuk Wang Kos Prima ialah RM 500,000.00. Jadi amaun Advanced Payment yang layak dituntut oleh kontraktor adalah sebanyak RM 1,125,000.00 sahaja.

Cara Pengiraan ~ RM 5,000,000.00 - RM 500,000.00 = RM 4,500,000.00 x 25% = RM 1,125,000.00

Apabila kontraktor ingin memohon Advanced Payment ia perlu memenuhi syarat berikut :

a) Menandatangani Surat Setujuterima (L.A)
b) Menghantar polisi insuran yang berkaitan
c) Menyediakan Bon dalam bentuk Jaminan Bank @ Bank Guarantee daripada bank tempatan

Pihak kerajaan akan membuat tuntutan semula atau rekupan ke atas Advanced Payment tersebut melalui bayaran interim kerja apabila kemajuan kerja telah mencapai kemajuan sebanyak 25%.

Tuntutan untuk advanced payment hanya boleh dipohon oleh pihak kontraktor dalam masa 3 bulan dari tarikh milik tapak.

4 ulasan:

  1. Kerajaan akan membuat rekupan apabila kemajuan kerja sebanyak 25%, bagaimana sekiranya nilai advance payment adalah RM10 juta (maksisum)? Adakah rekupan akan dibuat setelah kemajuan kerja mencapai 25%??

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas makluman, kerajaan tetap akan membuat rekupan apabila kemajuan kerja telah mencapai 25% dan mesti menyelesaikan rekupan semasa kemajuan kerja mencapai 75%

    BalasPadam
  3. halo boleh tanya tak nsc pun boleh claim adv payment kan? tapi nsc punya recoupment for adv payment macam mana nak buat ya?

    BalasPadam
  4. jadi boleh definisikan recoupment itu apa?

    BalasPadam