Institusi
Kewangan
Insitusi Kewangan
adalah merupakan bank-bank tempatan yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia.
Ia bertindak untuk menyediakan sumber pembiayaan dalam bentuk pinjaman kepada
kontraktor sebagai modal permulaan memulakan kerja. Terma syarat, kadar faedah
dan tempoh pinjaman adalah bergantung kepada keupayaan pihak kontraktor untuk
membuat pembayaran semula
Selain dari
menyediakan kemudahan pinjaman, pihak bank juga berperanan untuk menyediakan
Bon Pelaksanaan (Performance Bond),
Bayaran Pendahuluan (Advanced Payment)
dan Jaminan Rekabentuk (Design Guarantee)
dalam bentuk Jaminan Bank (Bank Guarantee) seperti yang dinyatakan dalam
syarat-syarat kontrak.
Antara bank-bank
tempatan yang biasa menawarkan perkhidmatan dalam pembiayaan projek-projek
kerajaan atau swasta adalah seperti berikut:
(i)
Malayan
Banking Berhad
(ii)
CIMB
Bank Berhad
(iii)
Hong
Leong Bank Berhad
(iv)
Public
Bank Berhad
(v)
Affin
Bank Berhad
(vi)
RHB
Bank Berhad
(vii)
Am
Bank(M) Berhad
(viii)
Alliance
Bank Malaysia Berhad
(ix)
Bank
Muamalat Malaysia Berhad
(x)
Bank
Islam Malaysia Berhad
Syarikat
Insuran
Syarikat Insuran ialah
pihak yang menyediakan polisi insuran untuk pelaksanaan sesuatu projek dan
merupakan satu kewajipan mengikut syarat kontrak yang perlu disediakan oleh
pihak kontraktor sebelum memulakan kerja di tapak.
Mengikut kebiasaan,
syarikat insuran akan mengeluarkan polisi insuran jenis Contractor All Risk (CAR), Insuran Kerja, Insuran Tanggungan Awam (Public Liability) atau Workmen Compensation kepada pihak
kontraktor. Pembayaran premium
terhadap polisi insuran adalah bergantung kepada harga kontrak, jenis binaan, lokasi dan risiko projek.
Sekiranya berlaku
kemalangan ketika projek sedang berjalan, syarikat insuran ini bertanggunjawab
membuat pembayaran kepada pihak kontraktor berdasarkan terma polisi insuran
yang dilanggan.
Selain dari
menyediakan kemudahan polisi insuran, pihak syarikat insuran juga ada
menyediakan perkhidmatan untuk Bon Pelaksanaan, Bayaran Pendahuluan dan Jaminan
Rekabentuk dalam bentuk Jaminan Insuran (Insurance
Guarantee) seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat kontrak.
Antara syarikat
insuran yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan biasa menawarkan perkhidmatan
dalam projek-projek kerajaan atau swasta adalah seperti berikut:
(i)
Kurnia
Insuran (M) Berhad
(ii)
RHB
Insurance
(iii)
Takaful
Malaysia
(iv)
Multi-Purpose
Insurance Berhad
(v)
Takaful
Ikhlas Sdn Bhd
(vi)
Hong
Leong Assurance Berhad
(vii)
Pacific
Insurance Berhad
(viii)
Allianz
General Insurance Malaysia Berhad
(ix)
Etiqa
Insurance Berhad
(x)
MCIS
Insurance Berhad
(xi)
AXA
Affin General Insurance Berhad
(xii)
Am
General Insurance Berhad
(xiii)
Berjaya
Sompo Insurance Berhad
(xiv)
Lonpac
Insuran Berhad
0 ulasan:
Catat Ulasan