Dalam sesuatu pelaksanaan projek, apabila ia telah mencapai atau hampir kepada kearah penyiapan kerja, pihak kontraktor adalah layak dipertimbangkan untuk pengeluaran Sijil Siap Kerja (CPC).
Kesan daripada pengeluaran Sijil Siap Kerja (CPC) akan mengakibatkan bermulanya tempoh liabiliti kecacatan (DLP) selama 12 bulan untuk kontrak konvensional atau 24 bulan untuk kontrak design and build.
Bagi memahami maksud penyiapan kerja yang praktikal, kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor harus mencapai tahap yang disenaraikan berikut seperti yang terkandung dalam klausa 39.5 Syarat-syarat Kontrak
- Kerja siap mengikut syarat-syarat kontrak
- Membolehkan kerajaan menggunakan bangunan dengan sepenuhnya melainkan terdapat kerja-kerja kecacatan yang kecil
- Kerja telah lulus pengujian dan pentauliahan (T &C)
- Fit for purpose
- Semua kemudahan asas telah lengkap dan siap serta boleh digunakan
0 ulasan:
Catat Ulasan