Current Visitor

Rabu, 17 Julai 2013

Estimate : Cara Kiraan Kos Interlocking Concrete Pavers


Cara Kiraan Kos m2 Interlocking Concrete Pavers, adalah berdasarkan kos bahan iaitu interlocking concrete pavers, upah memasang dan kos pengurusan dan keuntungan. Keuntungan adalah antara 15% hingga 30% dari jumlah kos bahan dan upah.

Harga juga berbeza mengikut lokasi projek dan jarak antara pembekal dan lokasi projek. Jika anda nak letak harga tender atau sebutharga, dua faktor ini harus di ambilkira, pertama kos bahan dan kedua upah.

Sebelum mengira harga anda perlu tahu saiz atau luas concrete pavers dalam m2, kemudian anda boleh tahu bilangannya dalam 1m2.

Contoh Kiraan Kos Interlocking Concrete Pavers m2

BAHAN
---------
Interlocking
Bilangan 1m2 = 45 Nos
Kos 1 biji katakan = RM0.80 / Nos
Kos Bahan 1m2 = RM0.80 x 45 nos = RM36.00

Pasir
Pasir biasanya 50mm atau 2"
Kos 1m2 = 0.05m x kos 1m3
Kos 1m2 = 0.05m x 65.00/m3 = RM3.25

Hardcore
Lapisan asas Crusher Run atau hardcore setebal 300mm atau 0.3m atau 1' tebal

Kos lapisan ini juga ikut harga bahan sampai ketapak, biasanya kos 1 Metrik Tan ialah RM12.00 dan kos bahan ini ikut kuari yang membekal dan kos pengangkutan Lori (RM10 / Tan)

Kiraaan Kos Hardcore
Katakan 1MT Crusher Run A = RM22.00
Kos 1m2 untuk tebal 0.3m = 0.3m x ketumpatan = Berat
= 0.3 x 2.20 = 0.66
Maka Kos Hardcore = 0.66 x 12.00 = RM14.52

JUMLAH KOS BAHAN = 36 + 3.25 + 14.52 = RM53.77 / M2

MESIN
Anggaran kos mesin di tentukan jenis mesin digunakan dan berapa hari dijangka siap. Contohnya kita nak buat laluan pejalan kaki lebar 3m x panjang 500m, maka saya anggarkan jangka siap melabur dan padat hardcore di atas ialah 8 hari.

maka kos mesin
Backpusher = 250.00 x 8 hari = RM2000.00
Roller 10 Tan = 350 x 8 hari = RM2800.00
--------------
Jumlah Kos mesin 8 hari =RM4800.00
Luas kawasan kerja 3 x 500 = 1500 m2
Kos mesin 1m2 = 4800 / 1500 = RM3.20

UPAH
------
Upah 1m2 bahan ikut harga Lum sum = RM9.00/m2

(anda boleh runding dulu dengan subcon kerja ini bagi mendapat harga munasabah dan sesuai sebelum masuk harga tender, jangan lupa simpan no telefon subcon kerja memasang pavers ini untuk rujukan anda)

JUMLAH BAHAN, MESIN DAN UPAH = RM53.77 + RM3.20+ RM9.00 = RM65.97

KOS PENGURUSAN DAN UNTUNG

Katakan kita sebagai kontraktor ambil 20%,
Maka 20% x 65.97 = RM13.194 / m2


MAKA KOS 1M2 = RM65.97 + RM13.194 = RM79.164

Nota
-----
Jika kawasan kerja tu luas, kita boleh kurang sedikit profit, supaya harga tender tak terlalu tinggi.

Kos upah ada berbeza ikut negeri dan peluang anda dapat subcon yang murah. Kalau anda ada alatan sendiri dan ada pekerja sendiri, kos upah boleh di kurangkan dan anda boleh lawan harga dengan kontraktor lain.

1 ulasan:

Al berkata...

Assalamu'alaikum,

Saya suka artikel ini, dicadangkan agar admin memperbanyak artikel2 yg berkaitan dgn membuat anggaran kos projek.