PENGUMUMAN
Dengan ini adalah
dimaklumkan kepada semua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Badan-Badan
Berkanun dan Syarikat berkaitan Kerajaan bahawa berkuatkuasa pada 15 hb Oktober
2012, Kerajaan akan melaksanakan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor. Sehubungan
dengan itu, semua Lesen Kontraktor yang
dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) adalah terbatal dan diganti
dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Walau bagaimana pun, Sijil Taraf Bumiputera
bagi mengenalpasti status bumiputera masih kekal dibawah kawalan dan seliaan
PKK. Dengan pelaksanaan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor, semua agensi pelaksana
yang terlibat dengan urusan berkaitan perolehan, dikehendaki untuk memastikan
kaedah pemilihan dan perlantikan kontraktor dibuat mengikut Sistem Satu
Pendaftaran Kontraktor.Maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan Sistem Satu
Pendaftaran Kontraktor boleh didapati melalui pautan dibawah.
- Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK)
- Kaedah Penyerapan Kontraktor PKK melalui SSPK
- Panduan Pelaksanaan Perolehan Kerajaan melalui SSPK
- Panduan Pelarasan Kelas, Kepala dan Pengkhususan PKK mengikut SSPK
- Gred Pendaftaran Kontraktor dan sekatan Menender SSPK
- Kategori Pendaftaran Kontraktor SSPK
- Pengkhususan Pendaftaran Kontraktor SSPK
- Panduan Pelarasan Kepala I mengikut SSPK
- Panduan Pelarasan Kepala II mengikut SSPK
- Panduan Pelarasan Kepala III mengikut SSPK
- Panduan Pelarasan Kepala IV mengikut SSPK
- Panduan Pelarasan Kepala V mengikut SSPK
- Panduan Pelarasan Kepala VII mengikut SSPK
- Panduan Pelarasan Kepala VIII mengikut SSPK
- Sijil-sijil SSPK dan penggunaannya
- Contoh Iklan menggunakan kaedah SSPK
- Help-desk Officer
0 ulasan:
Catat Ulasan