Current Visitor

Isnin, 22 Oktober 2012

Gred Pendaftaran Kontraktor Kerja



Kementerian Kewangan (KK) melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil. 6 /2012 telah menerangkan tentang Gred Pendaftaran Kontraktor Kerja.

Surat Pekeliling Perbendaharaan ini dikeluarkan bagi mempertingkat dan menambahbaik sistem sediaada kepada satu sistem yang dikenali sebagai Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK) yang diselaraskan dibawah selian Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). 

Manakala, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) berperanan untuk menguruskan pemberian taraf Bumiputra kepada kontraktor yang layak.

Dengan penguatkuasaan SPPK, sijil-sijil yang akan dikeluarkan oleh CIDB dan PKK adalah seperti berikut:
  • Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh CIDB
  • Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB
  • Sijil Taraf Bumiputra (STB) oleh PKK
Dalam sistem SSPK semua kontraktor kerja yang menyertai perolehan kerajaan akan dibahagikan mengikut had perolehan kontrak yang seperti berikut:

KONTRAKTOR KERJA KATEGORI BANGUNAN/ AWAM/ MEKANIKAL
G1
RM200,000 dan ke bawah
G2
 Melebihi RM200,000 hingga RM500,000
G3
Melebihi RM500,000 hingga RM1,000,000
G4
 Melebihi RM1,000,000 hingga RM3,000,000
G5
Melebihi RM3,000,000 hingga RM5,000,000
G6
Melebihi RM5,000,000 hingga RM10,000,000
G7
Melebihi RM10,000,000

KONTRAKTOR KERJA KATEGORI ELEKTRIKAL
G1
Sehingga RM200,000 
G2
Sehingga RM500,000
G3
Sehingga RM1,000,000
G4
 Melebihi RM 200,000 hingga RM3,000,000
G5
Melebihi RM 200,000 hingga RM5,000,000
G6
Melebihi RM 200,000 hingga RM10,000,000
G7
Melebihi RM 200,000  dan keatas

Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini adalah berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2012 .

Untuk keterangan lanjut, boleh layari pautan berikut  : KLIK SINI

1 ulasan:

anonymous berkata...

Salam, Kalau Sijil MOF ada limit harga petender ke?