Jawatankuasa Penilaian Tender adalah jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk membuat penilaian tender yang telah ditutup pada hari yang telah ditetapkan.
Pelantikan jawatakuasa tersebut hendaklah dibuat secara bertulis oleh Ketua Jabatan atau Ketua Agensi tersebut.
Jawatankuasa Penilaian Tender untuk tender kerja (konvensional), kerja (design and build), bekalan dan perkhidmatan terdapat perbezaan. Dimana untuk tender kerja (design and build), bekalan dan perkhidmatan mempunyai dua (2) jawatakuasa yang terdiri daripada jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa penilaian harga. Manakala untuk tender kerja (konvensional) hanya mempunyai 1 jawatankuasa sahaja yang dikenali sebagai jawatankuasa penilaian tender kerja.
Jawatankuasa Teknikal untuk tender kerja (design and build), bekalan dan perkhidmatan mempunyai tanggungjawab seperti berikut:
- Dianggotai oleh sekurang-kurangnya 3 orang dimana sekurang-kurangnya 1 orang daripada Kumpulan Profesional
- Membuat penilaian terhadap speksifikasi bekalan, perkhidmatan atau rekabentuk yang ditawarkan oleh para petender secara terperinci untuk memastikan adakah ia mematuhi (comply) kehendak yang ditetapkan
Jawatankuasa Penilaian Harga untuk tender kerja (design and build), bekalan dan perkhidmatan pula mempunyai tanggungjawab seperti berikut:
- Dianggotai oleh sekurang-kurangnya 3 orang dimana sekurang-kurangnya 1 orang daripada Kumpulan Profesional
- Penilaian harga sesuatu tender adalah dinilai dengan mengambil kira faktor-faktor seperti syarat pembayaran, kadar pembayaran, tempoh, diskaun, harga pasaran terbuka, keupayaan petender dan sebagainya. Perbandingan antara satu tawaran petender dengan tawaran petender yang lain hendaklah dibuat berasaskan kepada faktor atau unsur yang sama (equal footing)
- Penilaian bagi pembelian harta modal seperti kenderaan, jentera berat, sistem maklumat dan lain-lain hendaklah berdasarkan kepada prinsip tawaran hara menyeluruh (total cost bid), yang bermaksud mengambil kira harga barangan, jaminanm penyenggaraan dan lain-lain
Jawatankua Penilaian Tender Kerja untuk Tender kerja secara konvensional pula adalah berperanan seperti berikut:
- Dianggotai oleh sekurang-kurangnya 3 orang dimana sekurang-kurangnya 1 orang daripada Kumpulan Profesional
- Memastikan petender memenuhi kesemua syarat yang dinyatakan dalam dokumen tender
- Menilai kemampuan teknikal petender seperti kakitangan profesional dan teknikal, pengalaman kerja, rekod pretasi, projek yang dilaksanakan dan pemilikan loji
- Menilai kemampuan kewangan petender dari segi modal pusingan, net worth, kemudahan kredit, nilai baki kerja dalam tangan yang belum siap
- Menialai harga tender berdasarkan tempoh siap yang ditawarkan berdasarkan tawaran yang paling menguntungkan kepada kerajaan
Artikel diatas dipetik dari dari Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 yang bertajuk Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender
1 ulasan:
apakah peranan qs dalam peringkat penyediaan tender untuk buat tender report
Catat Ulasan