"Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM), bimbang dengan
kemungkinan kenaikan harga simen dan meminta Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menyiasat perkara ini secepat mungkin.
Dalam satu kenyataan, MBAM berkata ia telah diberitahu oleh seorang anggota
bahawa sebuah syarikat pengilang simen utama akan meningkatkan harga simen di
Lembah Klang mulai 1 Ogos 2012.
Harga tersenarai simen akan meningkat RM1 kepada RM17.75
satu beg, daripada RM16.75 sekarang ini, sementara harga simen pukal yang
disenaraikan adalah RM340 satu tan metrik daripada RM320 satu tan metrik
sebelum ini, katanya"
0 ulasan:
Catat Ulasan