Projek pembangunan bersepadu bandar automotif Proton City di
Tanjung Malim, Perak yang tertangguh sejak 15 tahun lalu kini akan dilaksanakan
semula oleh DRB-Hicom dengan peruntukan kos kira-kira RM1 bilion, menurut
laporan dari Berita Harian baru-baru ini.
Pembangunan semula kawasan itu
dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang, di atas
tanah seluas 1,619 hektar milik DRB-Hicom.
Antara yang menarik dalam perkembangan terbaru itu ialah kenyataan dari
DRB-Hicom yang mengatakan sekurang-kurangnya dua lagi jenama kereta dijangka
akan dikeluarkan dari situ, berkemungkinan besar salah satunya merujuk kepada
rakan kongsinya Volkswagen AG. Di bawah berikut ialah petikan dari Berita
Harian berkenaan pembangunan semula Proton City oleh DRB-Hicom;
1 ulasan:
salam kenal gan..
Catat Ulasan