Kontrak
Lump Sum boleh dilaksanakan menerusi lukisan spesifikasi yang disertakan dengan spesifikasi.
Biasanya kontrak
ini digunakan untuk kerja yang memerlukan projek disiapkan cepat dan lukisan
spesifikasi yang disertakan adalah kurang memuaskan untuk mendapatkan ukuran yang
tepat. Ini menyebabkan kontraktor terdedah kepada risiko yang tinggi.
Kontrak
Lump Sum berdasarkan lukisan dan senarai bahan digunakan untuk
projek-projek yang bernilai lebih RM I juta. Dengan menggunakan kaedah
pengukuran yang tepat berdasarkan pelan yang disediakan, kedua-dua pihak yang
terlibat dapat merasai keadilan. Jenis kontrak seperti ini juga akan memudahkan
pembayaran kemajuan kerja dan untuk kerja-kerja ubahsuai.
Kontrak
Lump Sum berdasarkan kepada lukisan dan jadual kadar harga pula
digunakan jika masa tidak mencukupi untuk menyediakan dokumen-dokumen lain dan
kebanyakan projek ini mengikut harga yang ditetapkan kontraktor. Ia juga
kadangkala digunakan dalam kerja penyelenggaraan bangunan.
Kontrak Lump Sum jenis ini juga telah diubahsuai secara umum
yang boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu:
(i) Kontrak Fixed Price – merangkumi penetapan
terhadap kerja-kerja kecil di dalam kontrak tersebut serta harganya tidak boleh
diubah setelah kontrak ditandatangan.
(ii) Kontrak Firm
Price – boleh dibuat perubahan terhadap harga tetapi tidak boleh mengubah
jumlah besar kontrak tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan